Isteri Tony Blair Pernah Jadi Model Bogel

25 11 2007

Isteri Blair pernah jadi model bogel

LONDON 11 Dis. – Isteri Perdana Menteri Britain, Cherie Blair pernah menjadi model bogel untuk sebuah lukisan pada usia 20-an sewaktu beliau menjalani latihan sebagai peguam.

Akhbar The Times hari ini melaporkan, Cherie menggunakan nama Cherie Booth semasa beliau menjadi model itu selama lebih setahun untuk lukisan Striding Nude, Blue Dress karya Euan Uglow.

Cherie, yang kini merupakan seorang peguam hak asasi manusia yang terkemuka, dibayar sebanyak RM34 (lima pound sterling) sejam untuk lukisan tersebut, yang menggambarkan seorang wanita memakai baju tanpa lengan yang dibuka di bahagian depan.

Menurut laporan akhbar itu, Cherie dikehendaki berbogel sehingga sejam untuk setiap sesi yang diadakan di studio lukisan Uglow di selatan London.

Pelukis itu turut menghasilkan versi kedua bagi lukisan yang sama dengan menggunakan khidmat model yang berlainan.

”Uglow tidak berpuas hati dengan lukisan pertama kerana lukisan itu tidak siap sepenuhnya,” kata Will Darby, rakan karib Uglow yang melibatkan diri dalam perniagaan lukisan sejak 25 tahun lalu.

“Kami telah mempamerkan kedua-dua lukisan pada 1983 tetapi selepas itu, Uglow tidak mahu lagi menunjukkan lukisan itu kepada sesiapa,” kata Darby kepada The Times.

“Uglow berkawan baik dengan pasangan suami isteri itu dan beliau sendiri membuat keputusan tidak akan mempamerkan lukisan tersebut kepada sesiapa selepas mereka melibatkan diri dalam politik,” tambahnya.

Lukisan itu telah disimpan di galeri Browse and Darby di London sehingga Uglow meninggal dunia pada 2000 dan lukisan itu kini disimpan oleh Marlboorough Fine Art Trust.

– AFP

utusan malaysia 12 12 06


Actions

Information

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: