Penganut Hindu kasta rendah merusuh
MUMBAI 30 Nov. – Beribu- ribu penganut Hindu berkasta rendah menyerang polis dan merosakkan kenderaan dan kedai di pusat kewangan India, di sini hari ini setelah patung pemimpin mereka dipecahkan.
Keganasan juga meletus di beberapa pekan di seluruh negeri Maharashtra, barat India apabila penunjuk perasaan membakar bas dan membaling batu ke arah lalu lintas sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan puluhan orang cedera.
Selain bas, sebuah kereta api bernama Deccan Queen turut menerima nasib serupa apabila ia dibakar oleh penganut Hindu itu.
Kepulan asap tebal akibat tindakan ganas itu kelihatan menyelubungi ruang udara di Ulhasnagar, kira-kira 65 kilometer ke timur laut Mumbai.
Penunjuk perasaan berkata, mereka marah kerana patung Bhimrao Ramji Ambedkar, seorang penganut Hindu berkasta rendah yang menjadi pengasas perlembagaan demokratik India telah dirosakkan di negeri Uttar Pradesh semalam.
“Kami mahu polis menangkap mereka yang memecahkan patung Baba Saheb (Ambedkar). Kalau tidak, kami akan membakar seluruh Maharashtra,” jerit seorang lelaki sebelum diheret oleh polis di Mumbai.
“Ada laporan mengenai insiden di sana sini tetapi keadaan terkawal,” kata komisioner polis Mumbai, Arup Pattnaik.
– Reuters

http://www.utusan.com.my/utusan/
Leave a Reply