Kisah Christmas & Santa Claus

25 11 2007

Kisah Krismas dan Santa

Jika seorang kanak- kanak ditanya akan apa yang berlaku semasa Hari Krismas, maka anda akan diberitahu mengenai “Santa” dan “Santa” ini merupakan lambang Krismas. Santa Claus atau dikenali sebagai Bapa Krismas dan Saint Nicholas, muncul pada musim Krismas bersama pokok Krismas dan juga hadiah- hadiah.

Siapakah Santa ?

Murid- murid sekolah diberitahu bahawa Santa “tinggal” di Kutub Utara di Greenland. Setengah juta pelancong mengunjungi Finland kerana percaya beliau berasal dari Lapland di Finland. Mereka mencari Santa berbangsa Finnish yang dipercayai tinggal di sebuah pekan kecil bernama Rovaniemi. Bandar Bari di Selatan Itali juga mengaku menjadi tempat tinggal Santa Claus.

Nicholas tinggal di Selatan Turki, kemudian di Asia Kecil pada separuh pertama kurun ke empat, namun tiada suatu pun yang diketahui mengenai dirinya sehinggalah dua ratus lima puluh tahun selepas kematiannya. Kurang seratus tahun selepas kematiannya, dia diagungkan sebagai seorang santo kerana baktinya yang termasyhur, seperti :

Seorang jiran kehilangan segala kekayaannya dan menjadi papa kedana bersama tiga orang anak perempuannya. Untuk menghindarkan mereka daripada mencari nafkah melalui pelacuran, Nicholas mencampakkan tiga beg emas melalui tingkap mereka. Beliau dianggap insan contoh dari segi kemurahan hatinya serta pembelaannya terhadap mereka yang tertindas, kanak- kanak yang tidak mempunyai wang, dan beliau begitu menyerlah dalam pembelaan kanak- kanak. Menurut lagenda, Saint Nicholas pernah menghidupkan kembali tiga kanak- kanak lelaki yang dicincang seorang pengendali rumah tumpangan yang kemudian menjeruk keratan mereka untuk dijual kepada para pelanggan yang tidak menyedarinya.

Santa disatukan dengan Kristianiti

Bandar Bari di Selatan Itali mendakwa ia adalah rumah keagamaan Santa Claus. Malah bandar tersebut mendakwa menjadi tapak persemadian St Nicholas, orang yang dianggap Gereja sebagai intisari dan inspirasi kepada Santa masa kini. Meskipun katedral tersebut mendakwa mempunyai relik insan yang bermukjizat ini, St Nicholas tidak pernah melangkah kaki ke Itali semasa hayatnya. Mayatnya dirampas tujuh ratus tahun setelah pengkebumiannya. Bandar Bari dan Gereja Katolik yang ingin meningkatkan kekayaan dan pengaruh mereka, telah berkomplot untuk mencuri tulang rangkanya dan menjadikan bandar mereka tumpuan penziarah Kristian.Pada hujung kurun ke sebelas, empat puluh tujuh lelaki bersenjata berlayar dari Bari ke Asia Kecil. Mereka berjaya mengatasi empat rahib dan merampas relik St Nicholas yang dihargai. Gereja Katolik bersetuju untuk membayar perompak- perompak itu dan kemudiannya waris- waris mereka, sebahagian daripada sumbangan- sumbangan penziarah Kristian. Namun Gereja mungkir janji dan membolot semua wang tersebut. Semenjak itu, Gereja Katolik telah membantu menggalakkan sebuah perayaan tahunan yang maraikan kegiatan mencuri yang sangat lumayan itu.

Di negera- negera utara Eropah, seperti Scandinavia masa kini, St Nicholas tidak mendapat sambutan pada mulanya. Orang- orang di sini mempunyai tuhan zaman jahiliah mereka sendiri untuk melindungi mereka pada malam- malam musim sejuk. Salah satu tuhan tersebut, yang merupakan tuhan langit, akan turun ke bumi pada pertengahan musim sejuk dan mengucup kaki langit lantas memulakan proses kelahiran musim Bunga, kelahiran semula tahun baru and binatang- binatang akan dilahirkan serta buah- buahan mula membesar dan tanam- tanaman yang mula disemai akan membuahkan hasil beberapa bulan kemudian. Maka inilah masa genting, serta titik permulaan tahun, iaitu apabila tuhan langit turn ke bumi.

Kemudian muncul pula tuhan bahagian utara, Odin, yang mempunyai perwatakan berbeza setiap bulan. Perwatakannya pada bulan Disember merupakan seorang yang pemurah, bernama Yulekatid, yang memberikan wang kepada si fakir. Ramai yang mengatakan, apabila awan salji merentas langit, itulah Odin terbang melintasi angkasa di atas kuda putihnya dan dia turun ke bumi, menyamar diri dengan memakai baju panjang serta hud dan membawa wang emas dan roti untuk diberikan kepada fakir miskin.

Pada masa yang sama, golongan Saxon mempersonafikasikan pelbagai benda dan manusia. Maka cuaca juga mempunyai personafikasi sebagai : Bapa Ais, Raja Fros, Raja Salji. Mereka ini disanjung di rumah orang- orang Saxon kerana mereka percaya bahawa dengan meraikan tuhan- tuhan ini, cuaca yang melambangkan mereka tidak begitu perit. Tradisi tuhan- tuhan pertengahan salji kaum Saxon ini serta perayaan- perayaan menyanjungi mereka luas diterima di Britain. Namun agama jahiliah ini bercanggah dengan agama Kristian yang kian muncul. Oleh itu, timbul pula lambang- lambang pertengahan musim salji seperti : Bapa Krismas iaitu sebahagiannya jahiliah dan sebahagian lain Kristian.

Bapa Krismas berasal dari Odin, satu tradisi utara yang lama dan personifikasi musim salji. Pada Zaman Pertengahan, ia bercantum dengan lagenda St Nicholas dan kariah- kariah zaman tersebut akan menghantar seorang lelaki, sama ada seorang pelakon atau seseorang yang tidak dikenali di kawasan mereka, untuk memakai baju panjang. Beliau kemudian akan pergi dari rumah ke rumah dan bertanya kepada setiap keluarga, “Adakah semuanya baik?” dan meninggalkan sesuatu untuk anak- anak mereka.

Gereja Katolik percaya, mereka perlu membetulkan salah laku para penduduk setempat dan ini dilakukan dengan cara yang tersusun. Pope Julius menetapkan hari lahir Isa a.s. pada kemuncak perayaan pertengahan musim salji. Ini menunjukkan betapa pentingnya bagi mubaligh Kristian untuk cuba menggantikan watak Odin. Mereka juga menghasilkan Bishop Nicholas yang diketengahkan sebagai watak yang melambangkan Krismas untuk golongan Kristian demi menggantikan Odin. Malah mereka mengarahkan orang ramai agar berpakaian seperti St Nicholas.

Dalam Gereja Ortodoks Rusia pula, St Nicholas di anggap separuh tuhan, lambang kebaikan yang abadi serta muhsin, watak yang popular seperti Isa a.s. Walaupun beberapa santos Eropah Timur dianggap tegas dan bengis, St Nicholas pula dilihat sebagai pemurah dan baik hati serta pelindung golongan muda.

Beliau pelindung kanak- kanak dan pada hari memperingatinya pada enam haribulan Disember, ibu bapa serta sahabat-handai mereka sering memberikan hadiah kepada anak- anak. Dan oleh kerana ia dekat dengan 25 haribulan Disember di mana hadiah- hadiah juga diberikan dari segi tradisi sebelum muncul agama Kristian, maka kedua- dua acara itu digabungkan dan Nicholas bercampur dengan perayaan Krismas untuk memberikan hadiah kepada anak- anak.

Meskipun terdapat tradisi St Nicholas sehinggakan empat ratus gereja di seluruh Britain didedikasikan kepadanya, adat resam jahiliah masih mempunyai tarikannya. Kebanyakan orang masih tinggal di perkampungan dan menyara hidup sebagai petani. Maka di perkampungan serta desa- desa merata negeri, keadaan tetap serupa seperti masa silam iaitu sambutan yang sering dikaitkan dengan hari Krismas, iaitu berpesta, menjamu selera, minum- minuman, memberi hadiah, daun holly, ivy dan mistletoe – kegiatan Krismas yang bertahan selama berkurun- kurun lamanya.

Santa Diharam Di Britain

Namun pada 1642, golongan Puritan merampas kuasa dan mengharamkan banyak kegiatan yang tidak berlandaskan agama Kristian atau keTuhanan. Golongan Puritan sedar bahawa kebanyakan perkara yang dikaitkan dengan budaya Krismas hari ini dan pada waktu tersebut masih dianggap terkini, tiada kena-mengena dengan agama Kristian. Oleh itu mereka tidak menggalakkan orang ramai berpesta, meminum arak, berpakaian serba baru dan memberi hadiah. Sebaliknya, mereka memperkenalkan Akta Parlimen yang mengharamkan adat resam Krismas yang popular itu dan memerintahkan agar semua kedai dibuka pada Hari Krismas dan sesiapa yang berpesta pada hari tersebut diberkas. Dari Canterbury sehingga London, terdapat rusuhan berdarah kerana kedai- kedai dipaksa buka pada Hari Krismas.

Di Belanda, St Nicholas tidak sedikit pun terjejas oleh kegenjotan politik atau watak- watak pertengahan musim sejuk tradisi jahiliah. Sehingga hari ini pun, mereka menyambut hari lahir serta hari kematian santo itu di Belanda dalam perayaan keagamaan, sebulan sebelum Krismas. Namun, bangsa Belandalah yang secara tidak sengaja menyebabkan St Nicholas yang mereka namakan Sinterklaas, menjadi sebuah lambang perniagaan, apabila mereka menjelajah Dunia Baru pada 1626. Setelah St Nicholas ditukar daripada Sinterklaas kepada Santa Claus.

Pengaruh Amerika ke atas Santa

Watak “Santa” seterusnya diubahsuai pada 1809 apabila sebuah tulisan yang lucu dihasilkan mengenai sejarah budaya Belanda, namun ia kurang tepat. Washington Irving, yang dipengaruhi budaya Krismas dari Utara Eropah, membayangkan St Nicholas menaiki pedati di atas bumbung- bumbung rumah, serta menghulurkan hadiah- hadiah melalui serombong asap, kononnya, itulah kali pertama St Nicholas dilihat orang.

Pada 1821, Clement Moore, seorang profesor teologi dan pakar lagenda Eropah, seterusnya membentuk watak ini melalui sebuah puisi untuk anak- anaknya yang berbunyi begini:

“CLEMENT MOORE”

Pada malam sebelum Krismas
Sepi seluruh rumah
Tiada satu pun insan bersuara
Termasuk sang tikus juga
Stokin digantung dengan cermat di sebelah serombong
Dengan harapan St Nicholas akan muncul segera
St Nicholas melompat masuk melalui serombong
Memakai baju bulu dari kaki hingga kepala
Bajunya pula kotor bolor oleh abu dan jelaga
Memikul sekampit mainan
Bagai penjaja membuka beg jualan
Tersenyum lebar berlesung pipit
Terpancar keriangan
Pipinya merah bak mawar
Hidung bulat seperti ceri
Wajahnya lebar, gendut perutnya
Bergegar bagai jeli bila dia ketawa
Tubuhnya gempal dan sangat periang
Diriku tertawa melihatnya, dan turut girang.

Moore membayangkan St Nick sebagai seornag pari- pari yang memakai baju bulu dan merentas bumbung dengan menaiki lunsur salji yang ditarik lapan rusa kutub, dan bukan menaiki pedati. Ini merupakan satu visi yang tidak dilihat oleh penulis Britain yang cuba menjadikan Krismas popular. Charles Dickens antara penulis yang cuba menghidupkan kembali tradisi Krismas turun temurun dan masih bertapak di kawasan perkampungan tetapi tidak di bahagian bandar yang semakin ramai penduduk. Karyanya “Scrooge” pada 1844, begitu menarik perhatian masyarakat kelas pertengahan yang kian muncul. Dickens menggunakan Scrooge untuk mengingatkan mereka yang lokek mengenai sambutan Krismas secara tradisional.

Dickens telah menjadikan Krismas sambutan peribadi bagi golongan pertengahan dan bukan sekadar sambutan tahunan. Ia merupkan masa untuk mengingati yang lain. Masa untuk mengimbas kembali segala yang telah berlaku sama ada baik atau buruk. Beliau menjadikan Krismas, satu titian memori dan Scrooge bersalah kerana tidak mengimbas kembali.

Scrooge digalakkan oleh Roh Krismas Waktu Kini agar mengingati segala kesenangan sesebuah keluarga daripada golongan pertengahan. Dickens menafsirkan Roh tersebut sebagai Bapa Krismas. Lukisan pertama untuk A Christmas Carol memaparkan Bapa Krismas daripada Zaman Pertengahan iaitu separuh tradisi jahiliah dan separuh lagi tradisi Kristian. Pada sekitar masa yang sama, rakyat Amerika Syarikat pula menganggap St Nick sebagai pari- pari keturunan tuhan- tuhan Nordic yang bertubuh kecil. Thomas Nast, salah seorang pelukis kartun terkenal Amerika, merubah pari- pari itu menjadi seorang Santa. Nast telah mengukir nama sebagai pelukis kartun politik dan berkebolehan dalam menghasilkan imej- imej yang diminati ramai. Beliau menggunakan watak karyanya untuk membuat sindiran politik.

Sebagai seorang penyokong teguh Presiden Abraham Lincoln semasa Perang Saudara Amerika, dia mencari imej yang memaparkan kebaikan serta kemuliaan. Santa Clausnya yang pertama, misalnya, dihasilkan pada 1863, dan merupkan makhluk gnome yang memakai kep, jaket berbintang dan seluar berjalur. Watak tersebut membahagi- bahagikan cenderamata kepada para askar.Beliau dicipta untuk memberi gambaran yang lebih romantik terhadap peperangan dan Presiden Lincoln dilaporkan sebagai berkata bahawa Nast
adalah agen rekruitnya yang terbaik kerana dia mengagungkan perjuangan Amerika Utara. Dua puluh tahun kemudian, Santa yang dicipta Nast sekali lagi campur tangan dalam politik. Kini Santa tersebut nampak lebih tua, lebih gempal dan rupa pari- parinya telah pun lesap.

Nast mencipta imej Santa seperti yang kita melihatnya sekarang dan jika anda mengikuti lukisan Nast bagi Santa daripada 1863 hingga ‘Christmas Drawings for the Human Race’ diterbitkan pada 1889, anda akan melihat bahawa Nast menukar ciptaannya dari mahkluk berupa gnome kepada imej yang menyerupai diri Nast sendiri. Beliau sering menggambarkan dirinya sebagai gempal dan periang.

Imej Santa dalam ‘Twas The Night Before Christmas’ yang mencerminkan diri Nast itu begitu popular di Eropah. Imej tersebut turut digunakan artis- artis lain. Menjelang tahun 1870an, kad- kad Krismas muncul dengan imej yang
dihasilkan Nast.

Pada masa itu, Krismas bagi kaum Eropah tidak banyak berubah. Tradisi memberi hadiah dilakukan sejak dulu lagi dan dengan timbulnya pokok Krismas ritain pada 1790. Santa pula dilukis sebagai lebih kurus dan selaras dengan imej Bapa Krismas yang menjadi pengunjung paling popular setiap kali menjelang Krismas.

Santa Amerika diglobalisasikan


Globalisasi Santa Amerika yang berbaju mera dan putih dilakukan oleh Coca Cola, sebuah syarikat yang menghadapi masalah menjual minuman sejuk semasa musim salji. Syarikat itu cuba mencari jalan mengaitkan produk mereka dengan masa perayaan. Oleh itu mereka mendapatkan khidmat Haddon Sunblum. Beliau menggambarkan Santa Claus melambangkan semangat perayaan dan Santa Claus mempunyai tugas mencabar setiap malam Krismas. Dia perlu ke seluruh dunia dalam masa semalaman untuk memberikan mainan kepada kanak- kanak. Beliau pasti berasa penat serta haus dan inginkan juadah. Oleh itu, Santa dipaparkan sebagai berehat dalam beberapa adegan berasingan untuk menikmati minuman Coca Cola.

Santa Sumblum sebenarnya adalah Santa Amerika dan ini menjadikannya Santa sejagat kerana watak inilah yang dilihat orang ramai selama tiga puluh tahun. Dia berkunjung ke rumah- rumah, menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Hakikatnya, inilah imej yang dihasilkan untuk tujuan perniagaan dan kini bertapak sebagai lambang budaya yang diminati ramai. Di Britain, tahun tahun selepas perang menyaksikan pengaruh Santa yang berjaya mengatasi Bapa Krismas. Pusat- pusat membeli belah mula dikunjungi Santa yang bermisai putih, berpakaian merah dan putih dan bertubuh gempal. Beliau dianggap lebih menarik daripada imej Bapa Krismas.

Sejarah Santa ini menunjukkan bahawa kegiatan perniagaan tidak sepi dari lagenda Santa. Relik- relik St Nicholas telah membawa kekayaan kepada mereka yang memilikinya. Dan para pelindung lagenda St Nicholas cukup gembira bahawa santo yang diagungkan itu dihidupkan kembali sebagai Santa Claus.
ASAL KRISTIANITI

Fakta sejarah mendedahkan bahawa Nabi Isa tidak menggunakan perkataan ‘Kristianiti’. Beliau dan para pengikutnya pernah bersembahyang di rumah berhala yang digunakan oleh orang Israel yang lain. Pesanan Nabi ialah agar mereka yang sesat kembali kepada agama Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. Setelah Nabi Isa diangkat ke langit, Paul mengisytiharkan bahawa kepercayaan terhadap Nabi Isa adalah cukup bagi penyelamatan (dari dosa). Sarjana-sarjana Yahudi pada masa itu menggelar para pengikut Nabi Isa sebagai sekta orang Nasrani yang disesatkan atau ‘orang Kristian’ [Galileans]. Pada tahun 43 Masihi, apabila Paul dan Barnabas pergi ke Antioch (ibukota purba Syria) untuk berdakwah, mereka diejek dan digelar ‘Kristian’ oleh orang ramai. Mereka yang digelar ‘Kristian’ merasakan bahawa tidak salah bagi mereka menerimanya sekiranya mereka diberi gelaran yang merujuk kepada Nabi Isa. Satu analogi masakini dapat dilihat dalam kes orang Islam digelar ‘Mohammedan’ di negara Barat dan orang Islam menerima gelaran tersebut.
PAUL MENGUBAH PESANAN

Pada mulanya, Paul adalah penentang kuat Nabi Isa dan kekal begitu bertahun-tahun lamanya selepas Nabi Isa diangkat ke langit. Apabila ia menyertai para pengikut Nabi Isa kemudiannya, ia memperkenalkan banyak perubahan ke atas ajaran-ajaran Nabi Isa dengan harapan untuk memenangi hati orang-orang bukan Yahudi. Dia memperjuangkan konsep-konsep berikut dalam ‘Kristianiti’:

1. konsep Isa sebagai anak Tuhan;
2. Nabi Isa mati di atas salib untuk menghapuskan dosa-dosa anak-anak Adam yang berkekalan menerusi darahnya;
3. Hukum-hukum Wasiat Lama ditolak. Dia meniadakan semua syarat tentang makanan dan membatalkan perintah mengenai pengkhatanan.

Para pengikut Nabi Isa yang sebenarnya menentang gambaran yang salah mengenai pesanan Nabi Isa ini yang disampaikan secara terang-terangan. Perjuangan mereka menolak tanggapan Isa sebagai Tuhan berterusan selama kira-kira dua ratus tahun. Oleh kerana perubahan-perubahan ini menarik hati orang bukan Yahudi, mereka yang benar-benar percaya (akan ajaran Nabi Isa) tidak dapat menghentikan kesesatan tersebut.

Pada tahun 325 Masihi, satu majlis pemimpin Kristian bertemu di Nicaea (kota purba di Asia Minor) dan secara rasmi melancarkan fahaman Paul sebagai ugama mereka. Empayar Rom mengisytiharkan agama Paul sebagai ugama Kerajaan Rom dan semua buku yang menafikan kepercayan tersebut diharamkan. Pada 367 Masihi, Kerajaan Rom mengumumkan satu senarai buku-buku yang diterima oleh Kerajaan itu dan lima belas tahun kemudiannya, sebuah majlis yang diadakan dibawah presiden Pope Damasius, memberi pernyataan setujunya ke atas buku-buku tersebut. Pada akhir abad kelima, Pope Galasius menerbitkan satu senarai buku-buku yang tidak dibenarkan (cerita-cerita yang kebenarannya diragui) bagi menuruti agama ‘Kristianiti’ yang diperjuangkan oleh Paul.

http://www.geocities.com/Athens/Sparta/1654/9santa.htm


Actions

Information

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: