Kongres Amerika Mesti Angkat Sumpah Dengan Bible

25 11 2007

Keith cetus kontroversi mahu angkat sumpah guna al-Quran

WASHINGTON 2 Dis. – Ahli Kongres pertama beragama Islam, Keith Ellison (gambar) didakwa menyinggung perasaan beberapa golongan konservatif berikutan rancangannya menggunakan al-Quran semasa majlis angkat sumpah.

Keputusan anggota Demokrat itu tidak menggunakan kitab Bible mencetuskan kemarahan dalam ruangan Dennis Prager dalam laman web Townhall.com.

Prager dalam kolumnya itu memberi judul “Amerika, bukan Keith Ellison yang membuat keputusan buku yang digunakan anggota Kongres mengangkat sumpah.”

Dia mendakwa, tindakan menggunakan al-Quran “menjatuhkan peradaban Amerika.”

“Setakat ini anggota Kongres mengangkat sumpah untuk berkhidmat kepada bangsa Amerika dan memperjuangkan nilai-nilainya, Amerika hanya mahu satu buku iaitu kitab Bible,” tulis Prager.

Tulisan tersebut telah menarik golongan konservatif yang telah menyebarkannya.

Ellisan bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan penjelasan tetapi bakal ketua kakitangannya, Kari Moe menolak kekecohan itu.

“Saya anggapan kritikan ini dicetuskan oleh politik perpecahan yang ditolak oleh lingkungan pilihan raya 2006,” katanya.

– AP

http://www.utusan.com.my/utusan/

content.asp?y=2006&dt=1203&pub=

Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_09.htm


Actions

Information

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: