Miskin Agama: Rakyat Amerika Sudah Tidak Mahu Berkahwin

12 01 2008

NEW YORK: Empat daripada setiap 10 rakyat Amerika berkata mereka tidak memerlukan sijil perkahwinan untuk membuktikan cinta atau komitmen.

Satu kajian yang dijalankan secara online mendapati 44 peratus daripada 7,113 warga Amerika berusia 20 hingga 69 tahun yang mengambil bahagian dalam tinjauan oleh Zogby International dan AOL Personals berkata mereka tidak memerlukan perkahwinan bagi mengesahkan sesuatu perhubungan.
“Tinjauan kami mendapati secara keseluruhannya semua peringkat umur responden berpendapat mereka tidak perlukan sijil perkahwinan sebagai tanda cinta,” kata Pengarah Perjawatan AOL, Keith Brengle.

Beliau berkata ramai orang melayari internet untuk mencari seseorang yang istimewa dan menjalin hubungan tetapi itu tidak bermakna ia akan berakhir dengan perkahwinan.

Sementara itu responden berusia antara 20 dan 29 tahun berkata perkahwinan bukan sesuatu yang perlu, manakala sebahagian besar responden juga berkata mereka lebih suka tinggal bersama sebelum berkahwin tetapi percaya perkahwinan adalah komitmen sehingga ke akhir hayat.

Responden berusia dalam lingkungan 20-an memberi keutamaan paling tinggi terhadap kepercayaan antara satu sama lain.

“Walaupun mereka bersikap terbuka dalam hubungan seksual, mereka juga bersedia mengakhiri perhubungan jika mendapati pasangan berlaku curang,” kata Brengle.

Bagaimanapun responden dalam usia dewasa lebih berminat mempunyai teman, tidak berasa keperluan satu perkahwinan dan boleh menerima jika pasangan berlaku curang.

“Mereka mungkin sudah melalui pelbagai ujian hidup dan mampu bersikap lebih terbuka terhadap perkara yang biasanya tidak dapat diterima generasi lebih muda,” katanya. – Reuters

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20080106093131/Article/index_html


Actions

Information

One response

24 02 2008
Arkib Januari « MENGAPA ISLAM?

[…] Miskin Agama: Rakyat Amerika Sudah Tidak Mahu Berkahwin […]

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: