- Ustaz Ann Wan Seng
- Miskin Agama: Rakyat Amerika Sudah Tidak Mahu Berkahwin
- Abdullah nafi izin Herald guna kalimah Allah
- Bintang-bintang Dunia Yang Memilih Islam
- Wanita US Yang Memilih Islam (video)
- Mustafa Wong Jadi Pendakwah Islam
- Perkataan Allah dalam buku agama Kristian boleh mengelirukan
- Program peningkatan ilmu Saudara Baru Perkim
- Boleh Gunakan ‘Allah’ Asalkan…
- Michael Majid Wolfe Tertawan Dengan Ibadat Solat
- Muneer Asalnya Kristian
- Banyak Wanita Eropah Memilih Islam
- Kekejaman Kristian Eropah
- 3 Wanita Kulit Putih Masuk Islam Depan Syeikh Qardawi
- Aqidah Tauhid: Dalam Neraca Agama-agama Samawi dan Hindu
Arkib Januari
24 02 2008Comments : Leave a Comment »
Categories : ARKIB BULANAN
Joannes Lukas Pilih Islam Setelah Mengkaji
24 02 2008![]() |
JOANNES Lukas menunjukkan dua buah kitab yang dibuat perbandingan pada peringkat awal pencarian kebenaran. Kitab Tafsir al-Quran (kanan), manakala di sebelah kiri ialah kitab terjemahan Injil .
|
PERTEMUAN kali pertama penulis dengan anak muda kelahiran Tawau, Sabah ini, langsung tidak menampakkan dirinya seorang mualaf. Ini kerana raut wajah Joannes Lukas, 29, persis jejaka Melayu ditambah pula kelancaran tutur kata tanpa dipengaruhi loghat negeri asalnya.
Malah menurut lulusan Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini lagi, kalau melihat penampilan dirinya sebelum bergelar Muslim, beliau sendiri tidak menyangka akan memeluk agama Islam.
“Jadi Muslim… memang tidak pernah terlintas dan terbayang. Ini kerana saya boleh dikatakan seorang penganut Kristian yang setia serta terlibat secara aktif dengan pelbagai aktiviti gereja.
Comments : 1 Comment »
Categories : DUNIA KRISTIAN, MASUK ISLAM (KESAKSIAN), MENGAPA ISLAM
Nicole Queen: Masuk Islam Setelah Tonton Youtube (video)
24 02 2008Comments : Leave a Comment »
Categories : MASUK ISLAM (KESAKSIAN), MENGAPA ISLAM
Haw Mei Ling @ Nur Aisyah Haw Pilih Islam
24 02 2008
‘KU sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari’. Peribahasa ini paling sesuai menggambarkan kegagalan perkahwinan pertama wanita yang berasal dari Sekinchan, Selangor, Haw Mei Ling pada 2002. Sekali gus membawa haluan baru terutamanya daripada pegangan akidahnya pada tahun lalu.
Bergelar ibu tunggal beranak tiga iaitu antara usia tujuh hingga 13 tahun, bukanlah sesuatu yang mudah bagi Mei Ling atau nama Islamnya, Nur Aisyah Haw Abdullah. Namun, itulah hakikat yang terpaksa diterima dan dipikul, waima usia belum mencecah 30 tahun ketika itu.
Comments : Leave a Comment »
Categories : MASUK ISLAM (KESAKSIAN)
Hirose Junko Juga Pilih Islam
6 02 2008Oleh ZUARIDA MOHYIN
![]() |
FITRAH HIROSE JUNKO.
|
“TIDAK akan sekali-kali saya menafikan Allah kerana ini bermakna kita menyangkal segala-galanya termasuk kewujudan kita di muka bumi. Allah menciptakan kita dan kepada-Nya kita akan dikembalikan.
Allah mengajar siapa diri kita ini dan saya berharap akan bertemu-Nya tanpa rasa malu.
“Malah saya percaya kehidupan di dunia ini adalah bertujuan untuk bertemu-Nya di akhirat yang kekal kelak. Insya-Allah,” luah pensyarah bahasa Jepun, di MARA-OISCA Japanese Centre, Fitrah Hirose Junko yang mengakui banyak perubahan dialami sejak memeluk Islam di Masjid Kobe, Jepun pada Februari 1998 .
Fitrah, 41, yang juga merupakan peneraju Perhimpunan Muslimah KL-Jepun sejak 2003 merasakan titik tolak kepada penubuhan persatuan untuk kaum muslimat Jepun ini atas kesedaran beliau tentang kepentingan mempertajamkan ilmu agama apabila bergelar Muslim.
Alhamdulillah, dengan sokongan daripada wakil Persatuan Muslim Jepun di Malaysia, Ustaz Abdul Wasei Haruka Kimura, kelas-kelas pengajian Islam berjaya dilaksanakan sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli.
Comments : Leave a Comment »
Categories : MASUK ISLAM (KESAKSIAN)
“Allah” Lights Kashmir Sky
6 02 2008 Oleh malikixp
“Berikut adalah gambar² yang diambil oleh seorang wartawan muda dari Khasmir, gambar² awan bebentuk kalimah “ALLAH”.

وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ سَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ فَتَعْرِفُونَهَا وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung), Dia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata) dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan. (QS. An-Nahl, 27:93)
Rabu lalu, seorang jurugambar (Showkat Nanda) wartawan telah menangkap beberapa keping gambar corak awan dilangit yang jarang kali dilihatnya dan menabjubkan dirinya ketika berada di utara bandar Kashmir. Gambar awan yang membentuk kalimah “ALLAH” itu dapat dilihat dengan jelas. “Apabila saya melihat kelangit, ada sesuatu yang unik yang boleh saya tangkap gambarnya. Saya lihat satu corak yang sukar untuk dipercayai iaitu awan yang membentuk perkataan ALLAH,” kata² Showkat kepada wartawan IslamOnline.
“Saya benar² terperanjat. Saya memerhatikannya buat seketika dan teruskan dengan mengambil gambar bersama kamera saya.”
Comments : Leave a Comment »
Categories : MENGAPA ISLAM
Teh Thean Seng Pilih Islam
6 02 2008![]() |
INILAH beberapa produk sabun keluaran Awana Maju Jaya Enterprise yang diusahakan Muhammad Firdaus Abdullah Teh.
|
MENGIKUT bapa berpindah dari Sungai Buloh, Selangor ke negeri Cik Siti Wan Kembang kira-kira 46 tahun lalu meskipun berat diterima Teh Thean Seng kerana memikirkan terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran baru, namun rupa-rupanya ada hikmah di sebalik itu.
Apa tidaknya, pada usia 10 tahun, Thean Seng sudah tidak kekok bergaul mesra dengan masyarakat Melayu yang sebelum ini tidak pernah beliau jangkakan. Malah apabila usianya meningkat dewasa pemahamannya dengan adat budaya dan amalan ritual masyarakat Islam bukanlah sesuatu yang pelik ataupun menakutkan.
“Saya masih ingat semasa membantu bapa dengan perniagaannya dahulu, ramai pelanggan bapa adalah orang Melayu Islam. Keakraban ini secara tidak langsung, menjadikan saya seolah-olah seperti mereka biarpun kami berlainan agama,” katanya.
Sehinggakan beliau dibenarkan ikut mereka ke surau. Tambah pula, Thean Seng amat suka dan asyik bila mendengar azan berkumandang. Bila sahaja mendengar muazin melaungkan azan hatinya rasa tenang. Namun selepas mengetahui maksud di sebaliknya, timbul juga keinginan untuk mengetahui lebih.
“Malah sebelum memeluk Islam lagi pengucapan seperti memberi salam, beristighfar dan mengucap kalimah syahadah sentiasa meniti di mulut saya.
“Sehinggakan ada segelintir pelanggan menyangka yang saya sudah masuk Islam,” kata Thean Seng yang kini dikenali dengan nama Islamnya, Muhammad Firdaus Abdullah Teh mengimbas kenangan awal mengenali agama Islam.
Beliau yang kini berumur 56 tahun mengakui sebenarnya perancangan memeluk Islam telah berputik sebelum mendirikan rumah tangga lagi.
Comments : Leave a Comment »
Categories : MASUK ISLAM (KESAKSIAN)
KOMEN TERKINI