![]() |
NURUL Wahyuni Kerk Shiau Phin (tengah) sewaktu menghadiri majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan 2005 di Universiti Malaysia Terengganu.
|
Alunan zikir memuji keagungan Ilahi dan kebesaran junjungan Nabi Muhammad s.a.w menjadi tarikan bagi Kerk Shiau Phin untuk memilih Islam sebagai pegangan hidupnya.
Menurutnya, jiwa dan hatinya akan menjadi tenang tatkala mendengar alunan zikir, selawat dan lagu-lagu nasyid. Keunikan Islam inilah yang membuatkannya bertekad untuk menjadi penganut agama Islam yang sejati.
“Amalan-amalan yang terdapat dalam ajaran Islam seperti puasa dan solat membuatkan saya tertarik untuk mengetahui Islam dengan lebih mendalam,” kata Shiau Phin atau nama Islamnya Nurul Wahyuni Kerk Shiau Phin.
Menurut penuntut tahun tiga Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini, sepanjang penghijrahannya sebagai Muslim lima tahun lalu, pelbagai ujian terpaksa dilalui untuk bergelar muslim sejati.
Leave a Reply