Kezaliman Kristian Kanada

21 05 2008

TORONTO 16 Mei – Perdana Menteri Stephen Harper akan menyampaikan permohonan maaf kepada penduduk pribumi Kanada di Parlimen akibat mengalami penderaan dan pencabulan seks selama beberapa dekad di sekolah-sekolah Kristian yang dibiayai oleh kerajaan.

Harper akan menyampaikan permohonan maaf kepada Kaum-kaum Utama, yang merupakan kumpulan masyarakat pribumi, yang telah membuat tuntutan itu sejak beberapa tahun lalu.

“Permohonan maaf itu merupakan langkah penting ke arah penyembuhan dan perdamaian,” kata Menteri Hal-Ehwal Red Indian, Chuck Strahl semalam.

Sejak abad ke-19 hingga tahun 1970-an berpuluh-puluh ribu anak pribumi diwajibkan memasuki sekolah gereja dalam usaha untuk memisahkan mereka daripada budaya dan bahasa mereka serta mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat Kanada.

Para pemimpin kaum Red Indian mendakwa kesan daripada pengasingan dan penderaan itu membawa kepada berlakunya masalah ketagihan arak dan dadah yang teruk di penempatan simpanan masyarakat Red Indian Kanada.

Ramai bekas pelajar sekolah terbabit mengakui telah dipukul disebabkan bertutur bahasa ibunda dan terputus hubungan dengan ibu-bapa dan adat resam.

Pada tahun 2005, Kerajaan Persekutuan telah membayar AS$1.7 bilion (RM5.35 bilion) kepada mangsa penderaan seks dan psikologi semasa dipaksa memasuki sekolah Kristian.

– AP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_10.htm





Yahudi Bukan Bangsa PIlihan Tuhan- Einstein

21 05 2008

Siapa yang tidak kenal Albert Einstein, ahli falsafah dan ilmuan dunia yang terkenal dengan Teori Relativitinya itu. Tokoh ilmuan Jerman keturunan Yahudi ini percaya bahawa Tuhan adalah “tahayul yang keanak-anakan” dan ia mengatakan bahwa bangsa Yahudi bukan umat terpilih, seperti yang selama ini diyakini orang-orang Yahudi.

Hal itu terungkap dalam surat yang ditulis Einstein bertarikh 3 Januari tahun 1954, yang dilelang di London, Kamis (15/5). Dalam surat yang ditujukan untuk filsuf Eric Gutkind itu, Einstein mengatakan bahawa aia bangga menjadi orang Yahudi, namun aia tidak merasa memiliki kualiti yang lebih baik dibandingkan dengan manusia lainnya.

Menurut Einstein dalam suratnya, meskipun orang-orang Yahudi dilindungi sekalipun, mereka tidak lebih baik dari umat manusia lainnya. “Sepanjang pengalaman saya, meski mereka dilindungi dari penyakit kanser ganas sekalipun karena minimnya kekuasaan mereka, mereka tidak lebih baik dari umat manusia lainnya. Oleh sebab itu, saya tidak melihat tentang ‘umat pilihan’ pada diri mereka, ” tulis Einstein yang pernah menolak ketika ditawarkan menjadi presiden kedua Israel.

Ia juga menyatakan, “Kata Tuhan buat saya, tidak lebih dari ekspresi dan produk kelemahan manusia, Alkitab adalah kumpulan tulisan-tulisan berharga, tapi tetap masih merupakan legenda primitif yang agak keanak-anakan.”

Meski demikian, komentar Einstein tentang agama yang berbunyi, “Ilmu tanpa agama cacat, agama tanpa ilmu buta” sempat memicu perdebatan dan kerap digunakan mendukung argumen tentang pentingnya agama.

Surat bersejarah Einstein berbahasa Jerman itu terjual di Balai Lelang Bloomsbury Auctions, Mayfair setelah menjadi koleksi peribadi selama lebih dari 50 tahun. (ln/al-arby)

sumber





Nur Ain Tinungul (Sabah) Pilih Islam

21 05 2008

Nur Ain Tinungul Abdullah


BERGELAR mualaf atau saudara baru, rutin kehidupan mereka tidak pernah terlepas daripada pelbagai dugaan dan cabaran. Kalau pun ada yang dipermudahkan jalannya, bilangannya sangat kecil dan mereka ini dikira bertuah. Realitinya, krisis yang melanda ini ada ketikanya menguji keimanan yang masih tipis. Pun begitu, apabila semua itu berjaya dilepasi, itulah saat yang paling membahagiakan dan di situlah nikmat kemanisan iman terungkai.

Bagi Nur Ain Tinungul Abdullah, 35, beliau mengakui sebaik diri bergelar Muslim, pelbagai dugaan datang melanda malah ada ketikanya menimbulkan tekanan. Namun, semua itu diterima dengan reda dan ikhlas demi kecintaan dan keyakinan beliau kepada Allah Yang Esa.

“Sungguhpun agama Islam ini sudah lama saya kenali iaitu sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, namun ia tidak bermakna sudah cukup syarat yang melayakkan saya bergelar Muslim. Sebenarnya, saya mengambil masa agak lama untuk benar-benar yakin dengan kesyumulan agama Islam.

“Walau bagaimanapun, pada 2 Februari 2000, saya akhirnya mengucap dua kalimah syahadah di Pejabat Agama Islam Sabah sewaktu pulang bercuti di kampung halaman,” cerita wanita kelahiran Keningau, Sabah ketika ditemui di Pusat Islam, baru-baru ini.

seterusnya





Lawrence Augustine Pilih Islam

21 05 2008

Oleh: ZUARIDA MOHYIN

HUBUNGAN mesra sesama rakan sekerja sentiasa dijaga oleh Mohd. Abd. Latif A. Lawrence Augustin (kiri).


GENGGAM bara api biar sampai jadi arang, pepatah Melayu ini paling sesuai dengan prinsip yang menjadi pegangan Pengurus Pembelian di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor, Mohd. Abd. Latif A. Lawrence Augustin, 35, sejurus mengambil keputusan memeluk Islam lebih 10 tahun lalu di Pejabat Agama Islam Perlis.

seterusnya





Banyak Gereja Denmark Ditutup

21 05 2008

Di Denmark, jumlah pengunjung gereja pada hari Ahad semakin hari semakin sedikit. Situasi ini sangat jelas khususnya di Copenhagen membuat kan sebilangan pengurus gereja memilih untuk menutup gerejanya. Mereka membenarkan masyarakat untuk menggunakan ruang gereja untuk kegiatan apa saja, kecuali masjid.

Menurut Sekatari Umum Dewan Gereja Denmark, keputusan untuk menutup gereja memang disebabkan oleh berkurangnya pengunjung gereja termasuklah pada hujung minggu. Ada lebih daripada 10 gereja di ibukota Denmark, Copenhagen yang sudah ditutup atas alasan itu. Nama-nama gereja tersebut antara lainnya ialah Gethsemane, Elias, Banehj, St. Andreas, Fredens, St. Paul’s, Samuel’s, Blagards, Frederiksholms, Gereja Lutheran dan Gereja David.

Read the rest of this entry »





Asalnya Mereka Non-Muslim

14 05 2008


Ikuti Kisah-kisah pengislaman Dr. Gary Miller (Pakar Matematik Kanada), Aminah asSilmi (Bekas Kristian dan Aktivis Pembebasan Wanita), Idris Tawfiq(Bekas Paderi), Estanislao Soria (Bekas Paderi), Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika), Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian London)…. Saya percaya masih ramai yang belum membaca atau mengetahuinya.

Dr. Gary Miller (Tokoh Ilmu Teologi Kristian Dari Kanada, Pakar Matematik)

Dr. Gary Miller (Abdul Ahad Omar) berasal daripada Kanada. Beliau merupakan seorang pakar matematik yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian. Pada tahun 1978 beliau dihadiahkan al-Quran dan selepas membacanya beliau mula menyedari tentang kepincangan Bible dan kebenaran al-Quran. Beliau terus memeluk agama Islam dan merupakan seorang pendakwah Muslim yang komited hinggalah ke hari ini. Antara tulisan beliau yg menarik ialah yang bertajuk “The Amazing Quran” (Quran Yang Mengagumkan). Dalam tulisan ini beliau membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidakmungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik. Antara tulisannya ialah, “Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, al-Quran ialah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Justeru mereka menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti itu….

Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang memerlukan bukti. Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk membuktikan bahawa ia adalah benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar”. (Rujukan: http://www.islamicity.com/science/theamazingquran.shtml )

Aminah asSilmi (Bekas Kristian Protestan Amerika, Aktivis Pembebasan Wanita Radikal)

Aminah as-Silmi ialah seorang bekas Kristian Protestan dari kumpulan Gereja Southern Baptist. Beliau juga merupakan seorang aktivis dari kumpulan pembebasan wanita yang radikal dan pernah bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan mendapat pelbagai anugerah kecemerlangan ketika berada di sekolah. Ketika di kolej beliau terpaksa belajar dengan wanita-wanita Arab yang rata-ratanya memakai tudung. Beliau menganggap mereka sebagai “golongan yang menjijikkan.” Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berdakwah kpd mereka agar mereka menganut agama Kristian.

Untuk tujuan itu beliau telah mengkaji Islam dengan mengkaji al-Quran, Sahih Muslim dan 15 buku yang lain.  Kajian terhadap Islam ini berterusan selama 2 tahun dan akhirnya persepsinya terhadap Islam telah berubah. Ketika itu barulah beliau menyedari betapa Islam merupakan agama yang amat memuliakan wanita. Pada tanggal 21 Mei 1977, beliau mengucap dua kalimah syahadah. Selepas memeluk Islam beliau berpakaian menutup aurat dan tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran di Denver. Malah mahkamah memutuskan beliau dipisahkan daripada anak-anaknya disebabkan keislamannya. Akhirnya, dengan izin Allah, anak-anaknya, ibu bapanya dan bekas suaminya memeluk Islam… (Rujukan:
http://www.texnews.com/religion97/muslim110197.html)

Idris Tawfiq (Bekas Paderi Roman Katolik UK)

Idris Tawfiq
ialah seorang bekas paderi Katolik (Roman Catholic). Beliau memperoleh ijazah dalam bahasa Inggeris dan Sastera daripada Universiti Manchester, dan dalam bidang Teologi (Sacred Theology) atau Ilmu Ketuhanan daripada Pontifical University of Saint Thomas Aquinas di Rom. Sebelum memeluk Islam beliau berpandangan Islam ialah satu agama kolot yang merendahkan martabat wanita, mementingkan keganasan dan mengajak umatnya agar mengebom diri untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Ketika beliau bercuti di Mesir selama seminggu beliau mula menyedari bahawa umat Islam secara umumnya tidak seperti yang dipaparkan dalam media massa di Barat.

Apakah perbezaan yang besar antara agama Kristian Katolik dan Islam? Beliau menjawab, “Asas bagi agama Islam ialah Allah. Kesemua perkara adalah berpaksikan Allah… Ia tidak menjadikan, sebagai contoh, Nabi Isa sebagai paksi.  Seperkara yang lain ialah, Islam merupakan satu agama yang komprehensif. Ia bukan satu agama yang menekankan ibadah pada hari-hari tertentu (contohnya hari Ahad) sahaja. Sebaliknya, Islam mengajar umatnya tentang cara untuk menyapa orang lain, adab-adab makan minum, adab-adab memasuki bilik, malah tentang setiap perkara.” (Rujukan:  http://www.idristawfiq.com)

Estanislao Soria (Bekas Paderi Roman Katolik Filipina)

Estanislao Soria
ialah seorang paderi Kristian dari mazhab Katolik (Roman Catholic) yang berasal dari Filipina. Beliau mendapat pendidikan dan memperoleh ijazah dari Xavier University dan Loyola School of Theology, Ateneo de Manila University. Ketika pemimpin Islam Moro, Nur Misuari, bercadang untuk menjadikan Mindanao sebuah negara Islam terpisah daripada Filipina, Estanislao Soria menentang cadangan itu. Beliau (yang lebih dikenali di Filipina sebagai ‘Father Stan’) berazam membuktikan penentangan beliau itu secara ilmiah. Justeru beliau telah membuat kajian yang mendalam dalam bidang sosiologi dan sejarah Filipina untuk membuktikan bahawa cadangan Nur Misuari adalah tidak berasas sama sekali. Di samping itu beliau berasa perlu untuk berdakwah kepada orang-orang Islam bertujuan untuk membawa mereka kepada Kristian. Untuk mencapai tujuan ini buku-buku tentang Islam telah beliau baca dan kaji.

Akhirnya sesuatu yang mengejutkan telah berlaku, iaitu, selepas beliau mengkaji Islam beliau menyedari bahawa Islamlah agama yang sebenarnya dan seterusnya memeluk agama Islam pada tahun 2001. Beliau mendapati banyak pandangan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh Kristian seperti Thomas Aquinas adalah berasaskan ajaran Islam. Beliau berkata, “Kajian saya menyedarkan saya bahawa tamadun Barat sebenarnya berkembang kesan daripada ajaran Islam… Saya juga menyedari bahawa Gospel mengikut Barnabas adalah lebih sahih (credible) jika dibandingkan dengan keempat-empat Gospel yang terdapat dalam Bible sekarang (iaitu Gospel mengikut Mark, Matthew, Luke dan John).” (Gospel mengikut Barnabas menceritakan dengan jelas tentang pengutusan nabi Muhammad selepas nabi Isa). (Rujukan: http://www.islamonline.net/english/Journey/2005/11/jour01.shtml)

Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika, Wartawan)

Michael Wolfe berasal daripada Amerika. Ibunya ialah seorang Kristian dan bapanya seorang Yahudi. Justeru berlatarbelakangkan itu beliau berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian namun kedua-dua agama itu tidak menarik perhatiannya. Agama Yahudi, baginya, amat menekankan tentang kaum yang terpilih (iaitu golongan Yahudi), dan pandangan ini tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula diselimuti pelbagai misteri.

Beliau menegaskan, “Agama kebenaran yang saya cari mestilah satu agama yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama yang sempit yang susah untuk difahami. Agama itu tidak memerlukan manusia perantara seperti paderi. Ia tidak menentang perkara tabii seperti seks. Dalam agama itu perlu ada ritual atau amalan harian agar dengan itu kesedaran diri dapat dipertajam dan minda dapat disiplinkan. Yang paling penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana saya tidak mahu membuang akal fikiran untuk digantikan dengan dogma atau kepercayaan secara membuta tuli… Dan semakin saya mengkaji Islam semakin saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari.”…. Antara buku yang beliau karang ialah ‘The Hajj: An American’s Pilgrimage to Mecca’ dan ‘One Thousand Roads to Mecca: Ten Centuries of Travelers Writing About the Muslim Pilgrimage’. Beliau mendapat Anugerah Wilbur 2003 kerana buku agama terbaik yang dihasilkan. (Rujukan:
http://www.islamonline.net/English/artculture/2002/12/article09.shtml)


Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian, Penulis Dari London)

Ruqaiyyah Waris Maqsood dilahirkan pada tahun 1942 di kota London, UK. Nama asalnya ialah Rosalyn Rushbrook. Beliau dibesarkan sebagai seorang Kristian dan memperoleh ijazah dalam bidang Teologi Kristian daripada Universiti Hull pada tahun 1963. Pengetahuan beliau yang mendalam dalam ilmu Kristian merangsang beliau untuk menulis beberapa buah buku tentang agama itu. Antara buku yang ditulis beliau ialah ‘In the Steps of Jesus’, ‘Jesus of Nazareth’, ‘Does God Have a Body?’ dan ‘The Trouble with God’.

Namun pengetahuannya yang mendalam tentang Kristian juga menyedarkan beliau tentang kesesatan agama Kristian terutamanya yang berkaitan dengan konsep triniti. Akhirnya beliau memeluk Islam pada tahun 1986. Pada hari ini beliau berjaya menghasilkan pelbagai buku tentang Islam dan pada tahun 2001 beliau dianugerahkan Anugerah Iqbal kerana sumbangannya. (Rujukan: http://www.welcome-back.org/profile/maqsood.shtml)





Arkib APRIL 2008

14 05 2008