Kezaliman Kristian Kanada

21 05 2008

TORONTO 16 Mei – Perdana Menteri Stephen Harper akan menyampaikan permohonan maaf kepada penduduk pribumi Kanada di Parlimen akibat mengalami penderaan dan pencabulan seks selama beberapa dekad di sekolah-sekolah Kristian yang dibiayai oleh kerajaan.

Harper akan menyampaikan permohonan maaf kepada Kaum-kaum Utama, yang merupakan kumpulan masyarakat pribumi, yang telah membuat tuntutan itu sejak beberapa tahun lalu.

“Permohonan maaf itu merupakan langkah penting ke arah penyembuhan dan perdamaian,” kata Menteri Hal-Ehwal Red Indian, Chuck Strahl semalam.

Sejak abad ke-19 hingga tahun 1970-an berpuluh-puluh ribu anak pribumi diwajibkan memasuki sekolah gereja dalam usaha untuk memisahkan mereka daripada budaya dan bahasa mereka serta mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat Kanada.

Para pemimpin kaum Red Indian mendakwa kesan daripada pengasingan dan penderaan itu membawa kepada berlakunya masalah ketagihan arak dan dadah yang teruk di penempatan simpanan masyarakat Red Indian Kanada.

Ramai bekas pelajar sekolah terbabit mengakui telah dipukul disebabkan bertutur bahasa ibunda dan terputus hubungan dengan ibu-bapa dan adat resam.

Pada tahun 2005, Kerajaan Persekutuan telah membayar AS$1.7 bilion (RM5.35 bilion) kepada mangsa penderaan seks dan psikologi semasa dipaksa memasuki sekolah Kristian.

– AP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_10.htm


Actions

Information

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: