Nur Ain Tinungul (Sabah) Pilih Islam

21 05 2008

Nur Ain Tinungul Abdullah


BERGELAR mualaf atau saudara baru, rutin kehidupan mereka tidak pernah terlepas daripada pelbagai dugaan dan cabaran. Kalau pun ada yang dipermudahkan jalannya, bilangannya sangat kecil dan mereka ini dikira bertuah. Realitinya, krisis yang melanda ini ada ketikanya menguji keimanan yang masih tipis. Pun begitu, apabila semua itu berjaya dilepasi, itulah saat yang paling membahagiakan dan di situlah nikmat kemanisan iman terungkai.

Bagi Nur Ain Tinungul Abdullah, 35, beliau mengakui sebaik diri bergelar Muslim, pelbagai dugaan datang melanda malah ada ketikanya menimbulkan tekanan. Namun, semua itu diterima dengan reda dan ikhlas demi kecintaan dan keyakinan beliau kepada Allah Yang Esa.

“Sungguhpun agama Islam ini sudah lama saya kenali iaitu sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, namun ia tidak bermakna sudah cukup syarat yang melayakkan saya bergelar Muslim. Sebenarnya, saya mengambil masa agak lama untuk benar-benar yakin dengan kesyumulan agama Islam.

“Walau bagaimanapun, pada 2 Februari 2000, saya akhirnya mengucap dua kalimah syahadah di Pejabat Agama Islam Sabah sewaktu pulang bercuti di kampung halaman,” cerita wanita kelahiran Keningau, Sabah ketika ditemui di Pusat Islam, baru-baru ini.

seterusnya


Actions

Information

Leave a comment