Halimah David Asalnya Kristian

18 02 2009

HALIMAH David dibesarkan oleh bapanya dengan penuh kasih sayang malah aspek pemantapan agama Kristian sentiasa menjadi teras dalam pendidikan anak kesayangannya itu.

Lantaran itu, Halimah telah mula membaca kitab Injil sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Sayangnya, Halimah tidak berupaya memenuhi permintaan serta cita-cita bapanya agar dia menjadi seorang pengikut agama Kristian yang setia.

Ini kerana pada ketika itu jugalah dia sudah mula mempersoalkan beberapa amalan dalam ajaran agama agung bapanya itu yang dikatakan tidak selari dengan fitrah manusia dan pelbagai lagi yang boleh dipersoalkan.

Sehinggakan pada usianya mencecah 12 tahun, Halimah sudah tidak boleh menerima agama Kristian. Namun, dia tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan usianya yang baru setahun jagung.

Pun begitu, Halimah tidak pernah berhenti mencari Allah Yang Esa dan selalu berdoa agar dipertemukan dengan kebenaran-Nya. Pada usia semuda itu, dia kerap bermonolog dalam diri terutama yang menyentuh kewujudan manusia, makhluk lain dan kejadian alam semula jadi.

Persoalan-persoalan seperti mengapa aku diwujudkan dan bagaimana boleh wujudnya bumi dan alam ini kalau tidak ada satu kuasa hebat di sebaliknya? Halimah kuat mempercayai bahawa semua ini pasti ada yang menjadikannya.

Pada usianya 19 tahun, Halimah telah mengembara hampir ke seluruh dunia demi mencari budaya dan kepercayaan lain demi keinginan mencari Allah Yang Maha Berkuasa. Ketika itulah ia mengenali agama Taoism, Wicca, Buddha, Rastafarian, Yahudi, Free Masonry, Kristian, Hindu, Animisme dan banyak lagi.

Menerusi pencariannya itu juga Halimah pernah mengenali tentang agama Islam. Dia tahu bahawa agama Islam itu mengakui tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Seperkara yang menghairankan Halimah pada agama Islam ialah solat lima waktu sehari semalam. Ini kerana dia merasakan ia sesuatu yang menyukarkan dan tidak mungkin ia adalah agama yang dicari-cari selama ini.

Masa berlalu, apa yang dicari tidak juga ditemui, lantas Halimah pulang ke Amerika Syarikat dengan perasaan hampa dan kecewa kerana apa yang diingini tidak kesampaian. Pada usianya menghampiri 21 tahun, dia mengambil keputusan mengikuti bidang perubatan yang menjadi impian dan cita-citanya sejak kecil. Keputusan ini juga merupakan satu langkah untuk melupakan kekecewaan. Alhamdulillah, Halimah lulus peperiksaan khas kemasukan.

Untuk ke kolej, Halimah terpaksa mengambil bas Greyhound dari Michigan menuju ke Colorado. Semasa dalam perjalanan itulah, anak gadis ini berkenalan dengan seorang pemuda yang duduk di belakangnya. Namanya, Ibrahim yang berasal dari Afrika dan mengambil bidang kejuruteraan di kolej yang sama.

Ibrahim memberitahu Halimah yang dia beragama Islam. Sepanjang perjalanan itulah banyaklah yang diceritakan oleh Ibrahim tentang agama Islam kepada Halimah disertakan sekali dengan petikan ayat-ayat daripada al-Quran. Apatah lagi, Halimah memang sedang mencari agama yang benar-benar boleh mengisi kekosongan dalaman yang dicari-cari selama ini.

Hati Halimah sudah jatuh cinta kepada agama Islam, waima mereka baru berbual 15 minit. Tanpa berlengah, Halimah terus menyuarakan keinginannya untuk bergelar Muslim dan akhirnya mengucap dua kalimah syahadah dengan bantuan Ibrahim.

Saat itu juga Halimah tidak meneruskan pengajiannya tetapi mengambil keputusan mendalami agama Islam dan berpindah ke Utah. Di sana, Halimah bertemu dengan ramai Muslim dan mereka menerimanya sebagai sebahagian daripada komuniti Islam di situ serta mengajarnya tentang agama Islam.

Kini, Halimah sudah berkahwin dan gembira menguruskan rumah tangga. Di samping itu, beliau juga menulis buku-buku ilustrasi untuk kanak-kanak. Dia turut mengendalikan laman web berkaitan kepercayaan Islam, keperibadian, sikap dan etika perniagaan Islamik.

lPetikan daripada laman web Islam Online.net.

sumber


Actions

Information

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: