Tentera AS Iktiraf Gay Secara Terbuka

21 09 2011

Askar AS yang punya orientasi seks menyimpang sebagai menyukai sesama jenis, tidak perlu takut lagi mengakui bahawa dirinya seorang gay. Tentera AS telah mencabut undang-undang “Don’t Ask, Don’t Tell” (Jangan Tanya, Jangan Cerita) yang sudah diterapkan selama hampir dua dekad.

Peraturan “Don’t Ask, Don’t Tell” yang dimulakan tahun 1993 di masa pemerintahan Presiden Bill Clinton, membolehkan seorang gay menjadi asakar AS, asalkan askat yang bersangkutan tidak secara terbuka mengakui dirinya gay, dan para komandan tidak dibolehkan menanyakan ke-gay-an askar tersebut.

Kongres AS mengusulkan dibatalkan peraturan tersebut pada tahun 2010, dan baru terealisasi tahun ini. Kelompok-kelompok gay di AS merayakan pembatalan peraturan itu dengan mengadakan pesta, kerana dianggap sebagai kemenangan hak-hak kaum gay di negeri Uncle Sam.

Dengan terbatalnya peraturan “Don’t Ask, Don’t Tell” militer AS akan memproses pendaftaran calon askar yang secara terbuka mengakui dirinya gay dan membatalkan semua penyelidikan, dakwaan dan proses administratif terhadap para askar yang diketahui memiliki orientasi seks menyukai sesama jenis.

Atas pembatalan tersebut, salah satu pencetusnya, Nancy Pelosi mengatakan, “Bangsa kami akhirnya akan menutup pintu bagi ketidakadilan yang sangat fundamental bagi kaum gay dan lesbian, dan memastikan kesemataraan bagi seluruh rakyat Amerika.”

Namun ada sejumlah anggota Kongres AS yang tetap menentang pembatalan peraturan “Don’t Ask, Don’t Tell” dengan alasan pembatalan itu akan merongrong efisiensi dan kedisiplinan dalam militer AS. (kw/bbc)

http://www.eramuslim.com/berita/dunia/prajurit-as-yang-gay-sekarang-tak-perlu-takut-akui-dirinya-homoseks.htm





Pentagon Izinkan Homo dan Lesbian dalam Tentera AS

5 02 2010

Militer AS akan melonggarkan syarat-syarat perekrutan calon-calon askarnya, terutama yang melarang seorang homoseks atau lesbian menyertai tentera.

Hal tersebut diungkapkan Ketua Staff Gabungan Angkatan Bersenjata AS, Laksamana Mike Mullen dalam rapat dengar pendapat dengan Komisi Militer Kongres AS. Mulen menyatakan merasa terganggu dengan tindakan yang melarang personel militer untuk merahsiakan orientasi seksnya. Langkah ini membuat anak-anak muda baik laki-laki dan perempuan yang ingin menjadi personel militer, berbohong soal orientasi seksnya.

“Buat saya, ini mengganggu integriti mereka sebagai individu dan integriti kita sebagai institusi,” kata Mullen.

Menteri Pertahanan AS, Robert Gates yang juga hadir dalam rapat menambahkan bahawa selama setahun Pentagon melakukan pengkajian untuk melonggarkan persyaratan terkait orientasi seks para personel militer. “Pencabutan persyaratan itu akan menjadi perubahan besar dalam hal tindakan terkait personel militer sejak pemerintahan Presiden Harry Truman tahun 1948 yang memerintahkan integrasi dalam tubuh militer,” kata Gates.

Anggota Komisi Militer Kongres AS berbeza pendapat menanggapi keterangan dua pegawai militer AS itu. Senator dari Parti Republik, John McCain menyatakan “sangat kecewa” dengan keputusan Pentagon itu.McCain yang mantan perajurit Angkatan Laut AS, mengisyaratkan ketidaksetujannya jika peraturan itu dilonggarkan. Kalangan Republikan lainnya yang sependapat dengan McCain mengingatkan agar militer AS tidak melakukan perubahan peraturan secara mendadak dengan alasan AS masih menghadapi dua peperangan di Iraq dan Afghanistan serta masih menghadapi ancaman terorisme.

Berbeza dengan Republikan, senator dari Parti Demokrat menyatakan akan mendukung tindakan Pentagon yang akan memberikan keleluasaan bagi personel militer untuk menunjukkan orientasi seksnya. Sikap mereka sejalan dengan Presiden AS Barack Obama yang menyerukan agar soal orientasi seks personel militer yang diberlakukan sejak tahun 1993 dibatalkan.

Langkah baru Pentagon ini menjadi angin segar bagi kaum homoseks dan lesbian di AS. Dan Choi, seorang veteran perang Iraq dan sekarang menjadi aktivis bagi kaum homoseks mengatakan dia tidak puas dengan peraturan lama Pentagon kerana ia terancam dipecat dari kemiliteran setelah dia mengakui bahwa dirinya seorang homoseks.

“Askar-askar yang orientasi seksnya senang dengan sesama jenis harus berbohong tentang siapa diri mereka sebenarnya,” kata Choi yang mendesak Pentagon dan presiden AS untuk menggunakan autoriti mereka untuk membatalkan peraturan itu.

Data Pentagon menunjukkan, pada tahun 2009 sekitar 428 personel militer dipecat kerana secara terbuka mengaku sebagai homoseks. Jumlah itu menurun dibandingkan tahun 2008. Pada tahun itu, Pentagon memecat 619 personelnya kerana mengaku homoseks. Secara keseluruhan, lebih dari 10.900 personel AS dipecat atas dasar peraturan tahun 1993 itu. (ln/aljz)

sumber





Cheam Aik Pheng Pilih Islam

18 02 2009

DI zaman kanak-kanak beliau gemar bergaul dengan masyarakat Melayu. Malah, rakan-rakannya juga terdiri daripada orang Melayu yang sering memberi salam bila mereka bermain dan bertembung.

Sebenarnya, insiden ini, kata Cheam Aik Pheng atau nama Islamnya, Abdul Samad Cheam Abdullah, 49, berlaku sebelum beliau mengucap dua kalimah syahadah ketika bapanya, Chem Robert Choon yang berkhidmat sebagai anggota polis, bersama ibu, Teh Lim Sim dan adik-beradik lain menetap di kuarters Balai Polis Kulim, Kedah sekitar tahun 1970.

Kebanyakan pegawai dan anggota polis yang tinggal di kuarter ini terdiri daripada masyarakat Melayu dan hubungan itu menjadi akrab di antara satu sama lain.

Bagi Samad walaupun ketika itu beliau dan ahli keluarganya berbangsa Cina tetapi tidak pernah disisihkan. Malah hubungan baik antara ahli keluarganya terjalin erat seperti adik-beradik di kalangan pegawai dan anggota polis di balai ini.

Hubungan yang akrab itu benar-benar memberi hidayah dan ukhuwah kepada anak jati kelahiran Kedah ini. Namun, akui Samad, peristiwa cintanya pada Islam juga berputik dan bermula di balai ini.

Titik tolak itu rupa-rupanya mengandungi hikmah yang terungkai setelah diri bergelar muslim hampir 25 tahun. Sehingga mendorong minatnya untuk menjadi anggota polis pada usia 18 tahun apabila melihat kesegakan dan ketegasan pegawai dan anggota polis lebih-lebih lagi bapanya.

“Saya tidak menjangka, sungguhpun rasa seperti terasing di balai ini kerana berbangsa Cina. Mungkin kerana keakraban bapa dan ahli keluarga dengan pegawai dan anggota masyarakat Melayu di sini menguatkan silaturahim di kalangan kami.

seterusnya





Maria Pilih Islam

4 04 2008

Mariah bersama suaminya yang banyak membantu mendalami Islam sebelum dan selepas penghijrahannya.


WALAUPUN usia penghijrahannya belum pun menjangkau setahun tetapi jika dilihat daripada penampilan dan peribadinya, ia seolah-olah telah lama sebati dalam dirinya.

Menurut Maria a/p Bah Ujek, sebenarnya Islam itu telah lama dekat dengan dirinya. Ini kerana, sejak menuntut lagi, dia telah banyak bergaul dan bercampur dengan rakan-rakan yang beragama Islam.

“Semasa saya dihantar untuk menjalani latihan praktikal di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), saya menyewa dan tinggal serumah dengan orang Islam.

seterusnya 





Isteri Tony Blair Pernah Jadi Model Bogel

25 11 2007

Isteri Blair pernah jadi model bogel

LONDON 11 Dis. – Isteri Perdana Menteri Britain, Cherie Blair pernah menjadi model bogel untuk sebuah lukisan pada usia 20-an sewaktu beliau menjalani latihan sebagai peguam.

Akhbar The Times hari ini melaporkan, Cherie menggunakan nama Cherie Booth semasa beliau menjadi model itu selama lebih setahun untuk lukisan Striding Nude, Blue Dress karya Euan Uglow.

Cherie, yang kini merupakan seorang peguam hak asasi manusia yang terkemuka, dibayar sebanyak RM34 (lima pound sterling) sejam untuk lukisan tersebut, yang menggambarkan seorang wanita memakai baju tanpa lengan yang dibuka di bahagian depan.

Menurut laporan akhbar itu, Cherie dikehendaki berbogel sehingga sejam untuk setiap sesi yang diadakan di studio lukisan Uglow di selatan London.

Pelukis itu turut menghasilkan versi kedua bagi lukisan yang sama dengan menggunakan khidmat model yang berlainan.

”Uglow tidak berpuas hati dengan lukisan pertama kerana lukisan itu tidak siap sepenuhnya,” kata Will Darby, rakan karib Uglow yang melibatkan diri dalam perniagaan lukisan sejak 25 tahun lalu.

“Kami telah mempamerkan kedua-dua lukisan pada 1983 tetapi selepas itu, Uglow tidak mahu lagi menunjukkan lukisan itu kepada sesiapa,” kata Darby kepada The Times.

“Uglow berkawan baik dengan pasangan suami isteri itu dan beliau sendiri membuat keputusan tidak akan mempamerkan lukisan tersebut kepada sesiapa selepas mereka melibatkan diri dalam politik,” tambahnya.

Lukisan itu telah disimpan di galeri Browse and Darby di London sehingga Uglow meninggal dunia pada 2000 dan lukisan itu kini disimpan oleh Marlboorough Fine Art Trust.

– AFP

utusan malaysia 12 12 06