Dari United Methodist ke Islam

8 09 2011

KISAH hidayah anak muda bernama Tarik Preston boleh dikategorikan sebagai satu yang unik. Semuanya berpunca daripada nama Tarik yang diberikan oleh ibu bapanya sebaik dia dilahirkan. Ini kerana nama Tarik itu adalah nama yang kebiasaannya jarang menjadi pilihan rakyat Amerika, berbanding dengan rakyat Amerika Afrika dek kerana ketara nilai keislamannya. Sepanjang membawa nama tersebut, banyak kali juga dia bertemu dengan mereka yang memiliki nama serupa ataupun mereka yang mengetahui makna nama tersebut.

Ada juga yang ditemui menanyakan Tarik: “Kamu tahu ke erti nama kamu itu?” Dengan selamba dan berbangga dia membalas spontan: “Tahu, bintang yang menyebarkan cahaya terang.” Ada ketikanya Tarik akan menokok tambah dengan kisah sejarah Islam mengenai ketokohan Tariq bin Ziyad yang terkenal dengan kisah penaklukan beliau ke atas kota Sepanyol pada 711 sebelum Masihi.

Cerita pemuda yang memeluk Islam ini pada tahun 1988 dalam usia yang dikira muda iaitu 19 tahun itu lagi, ironinya walaupun dia mengakui akan fakta penting daripada makna namanya itu, dia masih belum mengetahui akan signifikan nama Islamnya itu sehinggalah dia bergelar pelajar kolej. “Saya mula menjejakkan kaki ke kolej pada usia 16 tahun dengan mengambil pengkhususan dalam bidang praperubatan/biologi dengan harapan untuk menjadi doktor.

“Saya tahu untuk bergelar seorang doktor ia memerlukan kepada bebanan tanggungjawab yang cukup berat dan besar. Lantas itu, sudah tentulah saya perlukan kaedah yang baik untuk dijadikan ikutan di dalam hidup ini. “Pada tahun pertama pengajian, saya cuba membaca kitab Bible, sayangnya ajaran Kristian sukar diterima dek akal,” akui Tarik. Tambah Tarik, ketika belajar berkaitan kerumitan sel biologi dalam tubuh manusia yang begitu menakjubkan pada tahun itu, dia dan juga sebahagian teman sekuliah mula mengakui akan kepercayaan kepada kewujudan satu kuasa hebat atau dipanggil Pencipta. Jika melihat kepada fakta kejadian itu, memanglah mustahil ia berlaku secara kebetulan sebagaimana yang dispekulasi oleh para saintis moden.

Sementelah pula pada cuti musim bunga, Tarik ada berbincang dengan neneknya berkenaan dengan aspek teologi. Pengakuan neneknya seorang yang beragama Kristian, sedikit sebanyak telah menarik minat Tarik. Kata neneknya: “Saya menyembah Tuhan tetapi saya tidak menyembah kepada Nabi Isa kerana saya lebih rasa selamat dengan menyembah Tuhan!” Malah dia menasihati saya supaya tidak beribadat atas nama Nabi Isa, sebaliknya beribadat kerana Tuhan. “Sebaik kembali ke kolej seusai bicara itu, saya mula bersembahyang pada setiap malam sebelum melelapkan mata sebagaimana yang diajarkan nenek.

Tetapi sebagaimana nasihat nenek, saya tidak lagi berdoa atas nama Nabi tetapi sembahyang saya itu adalah kerana Tuhan semata-mata. “Sebaik saya mengambil keputusan, muncul rasa bersalah kerana melakukan ritual sembahyang dengan cara berbaring di atas katil. Jadi, saya mula bersembahyang dengan melutut di birai katil, yang mana ia jauh lebih selesa buat saya. “Dalam situasi sedang mencari sesuatu yang dapat membimbing saya dalam hidup ini, pada suatu hari ketika sedang melintasi kampus, saya telah memohon bimbingan daripada Tuhan,” katanya.

Semasa tahun pertama di kolej, seorang teman yang baru memeluk Islam telah menyapa Tarik lantas memberikan salam kepadanya sebaik melihat kelibat Tarik yang sedang berjalan melintasi kawasan kampus. Oleh kerana membesar di Chicago sejak pada tahun 1970-an, ucapan salam yang seringkali diucapkan oleh seorang yang beragama Islam bukanlah sesuatu yang asing didengar. Lantas dia terus membalas salam temannya itu dengan kebiasaan salam seorang saudara Muslim.

Rupa-rupanya balasan salam itu telah menimbulkan keraguan dan rasa ingin tahu temannya itu sehinggalah terpacul soalan berbunyi: “Adakah anda sudah Islam?” Pantas balas Tarik: “Saya adalah United Methodist.” Angguk temannya seraya menjawab, “Oh… saya ingatkan awak sudah Islam kerana nama awak itu.”

Tidak lama selepas pertemuan itu, mereka bertemu sekali lagi pada satu sesi kelas pengajian. Temannya telah cuba menjelaskan tentang Islam kepada Tarik dan teman-temannya yang lain. Memandangkan usianya yang masih muda serta baru berjinak-jinak dengan agama Islam, jadi tidak banyak maklumat berkaitan Islam yang dapat dikongsi. “Apabila pulang bercuti pada musim panas, saya mengambil kerja sambilan sebagai telemarketer. Di situ saya bertemu dengan seorang Muslim bernama Ahmed. Selain seorang mualaf dengan kerakyatan Puerto Rico namun air mukanya sama seperti raut wajah seorang teman Muslim di kolej.

Lantas, saya bertanya kepada Ahmed adakah dia seorang Muslim. Sambil tersenyum dia membalas: “Ya Tarik. Agak juga Islam?” Saya menjawab: “Tidak. Saya seorang United Methodist.” Ahmed tersenyum sinis lalu berkata: “Dengan nama Tarik, awak sepatutnya seorang Muslim.” Mereka mula berbicara mengenai tauhid. Tarik begitu tertarik dengan konsep monoteisme dalam Islam.

Akhirnya, Ahmed telah mempelawa Tarik ke rumahnya dan ketika di situ, Tarik telah ditunjukkan sebuah kitab terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris. “Saya begitu tertarik dengan cara dia memberi penghormatan kepada kitab sucinya itu dan saya meminta kebenaran daripada Ahmed meminjamnya. “Dia bersetuju dengan syarat saya juga perlu menjaga dan menghormati kitab tersebut sebagaimana dia memelihara kesucian kitab suci itu dengan meletakkannya di tempat yang bersih dan selamat. “Hati saya tidak sabar untuk mula membacanya,” jelas Tarik. Dua minggu kemudian, dia mengajak Ahmed ke rumah dan mereka bercerita mengenai Islam. Tarik memberitahu akan kepercayaannya pada apa yang tertulis di dalam kitab al-Quran itu dan hasratnya untuk memeluk Islam.

Pada keesokkan harinya, mereka ke Pusat Islam di Washington D.C dan Tarik melakukan syahadah. “Beberapa tahun selepas pengislaman, Allah SWT menganugerahkan saya dengan rezeki untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Madinah di mana saya memperoleh ijazah dalam bahasa Arab dan sarjana muda sains hadis,” katanya.

 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm





Ahli Politik SWISS Anti-Islam Memeluk Islam!

5 02 2010

Daniel Streich, ahli politik Swiss, yang terkenal kerana kempen menentang pembinaan masjid di negaranya, tanpa disangka-sangka memeluk agama Islam.

Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan dia adalah orang pertama yang mencetuskan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Dia berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Pengumuman kesaksian Streich ke agama Islam membuat heboh seluruh Switzerland.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seantero negeri. Dia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di negara itu, dan membuka jalan bagi opini publik terhadap mimbar dan kubah masjid.

Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropah di Switzerland.

Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada saat ini ada empat masjid di Swiss dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari “pengampunan dosanya” yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang.

Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahwa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.

Streich adalah seorang anggota penting Partai Rakyat Swiss (SVP). Dia mempunyai posisi penting dan pengaruhnya menentukan tindakan parti. Selain petisyennya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangkan militer di Swiss Army kerana popularitinya.

Lahir di sebuah keluarga Kristian, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki dampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemudian disebut oleh SVO sebagai syaitan.

Dulu, dia mengatakan bahwa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Alquran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di parti dan membuat pernyataan publik tentang keIslamannya. Streich mengatakan dia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya. (sa/iol)

sumber





Fadhil Ho Abdullah Berkahwin

28 10 2009

PASANGAN pengantin menghidangkan teh kepada kakak sulung Fadil, Fong Lai Peng, 50, sebagai tanda penghormatan mengikut adat kaum Cina pada majlis persandingan di Taman Mahkota Perdana, Kuantan, Pahang, semalam.


 

Biarpun berbeza adat dan budaya, ia tidak menghalang Mardiana Abdul Wabah, 32, dan Fadil Ho Abdullah, 46, yang berketurunan Cina memeterai perjanjian cinta mereka dengan ikatan perkahwinan.

Fadil yang memeluk Islam tahun lepas, mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan Mardiana setelah perhubungan mereka direstui oleh keluarga masing-masing.

Majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Taman Mahkota Perdana, Kuantan semalam diadakan penuh meriah dengan kehadiran sanak saudara kedua-dua pihak.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm





Datuk Bandar AS Peluk Islam

28 10 2009

Ketika Jack Ellis menyatakan masuk Islam pada bulan Disember 2007, pemberitaannya menghiasi berbagai media massa AS dan sejumlah media massa internasional. Tak hairan jika keputusannya masuk Islam menjadi buah bibir, kerana pada saat itu Ellis masih memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Macon, negara bahagian Georgia, AS.

Ellis yang pada asalnya menganut agama Kristian, hijrah menjadi seorang Muslim setelah bertahun-tahun mempelajari al-Quran. Ia mengucapkan dua kalimat syahadat dalam sebuah upacara kecil di Senegal, Afrika Barat. Setelah masuk Islam, Ellis mengurus status hukum perubahan namanya dari Jack Ellis menjadi Hakim Mansour Ellis. Ia tetap menggunakan nama keluarganya atas permintaan kedua puterinya.

Ellis pertama kali terpilih sebagai Datuk Banar Macon pada 14 Desemberr 1999 sampai tahun 2003. Ia kemudian terpilih kembali menjadi Datuk Bandar Macon dan menjabat sampai bulan Desember tahun 2007. Ellis adalah warga kulit hitam pertama yang terpilih sebagai Datuk Bandar Macon sepanjang 176 tahun sejarah kota itu.

“Saya kembali ke akar saya setelah bertahun-tahun melakukan perenungan,” kata Ellis saat ditanya mengapa ia memilih pindah ke agama Islam.

Ia melanjutkan, “Mengapa seseorang menganut Kristian? Anda melakukannya karena anda merasa melakukan hal yang benar … Buat saya, hal itu bukan persoalan besar. Tapi orang banyak ingin tahu apa yang Anda yakini.”

Ellis mengatakan, ia mempelajari al-Quran selama bertahun-tahun dan ia merasa menemukan tujuan hidupnya dalam Islam saat ia berkunjung ke Senegal, Afrika Barat. Menurut Ellis, nenek-nenek moyangnya sudah memeluk agama Islam sebelum mereka dibawa ke Amerika Utara sebagai hamba abdi oleh orang-orang Kristian.

Setelah menjadi seorang Muslim, ayah dari lima anak itu mulai membiasakan diri untuk menunaikan salat lima waktu dan secara rutin berkunjung ke Islamic Center di Bloomfield Road. Ellis mengaku bangga dengan kebebasan beragama di AS.

“Kami meyakini Rasulullah Muhammad saw sebagai Nabi terakhir, seperti kami meyakini Musa sebagai seorang Nabi,” ujar Ellis.

Hakim Mansour Ellis lahir tanggal 6 Januari 1946 di Macon. Ia mengantongi gelar sarjana di bidang seni dari St. Leo College di Florida. Ellis pernah bertugas di dinas kemiliteran AS selama dua tahun dan ikut dikirim ke Perang Vietnam dalam Divisi ke-101 Angkatan Udara AS dengan pangkat Sersan. Atas jasa-jasanya di kemiliteran, Ellis mendapatkan sejumlah penghargaan antara lain tiga penghargaan Bronze Star dan penghargaan Purple Heart.

Ellis mengaku merasa jiwanya merasa tentram dan damai setelah masuk Islam. Ellis juga merasa tidak perlu menyembunyikan keislamannya dari publik yang telah memilihnya sebagai Datuk Bandar Macon, walaupun keputusan memeluk Islam adalah keputusan yang sangat pribadi sifatnya,

“Ini adalah keputusan yang sangat personal, tapi saya juga memahami bahwa saya seorang publik figur. Sebagai walikota, saya pikir masyarakat berhak tahu apa yang saya yakin, dan sebagai orang yang beriman dan iman yang yakini sekarang adalan Islam,” jelas Ellis.

Selama menjabat sebagai Datuk Bandar Macon, Ellis dikenal sebagai sosok yang memberikan kontribusi besar bagi kemajuan kota itu. Ia menggunakan bantuan dari negara bagian dan Federal untuk membantu latihan kerja bagi anak-anak muda, membuat program pengarahan, penyuluhan, program usai sekolah dan program untuk mengurangi jumlah kriminalitas di kota itu.

“Saya tetap berbagi dengan keluarga besar saya, komuniti Macon yang mendukung saya ketika saya masih menjadi seorang Kristiani dan masih mempercayai saya hingga kini. Saya masih orang yang sama meski saya mengganti nama saya,” tukas Ellis. (ln/iol)

http://www.eramuslim.com/berita/dakwah-mancanegara/jack-ellis-walikota-as-yang-masuk-islam.htm





Dari Sami Buddha ke Islam

28 10 2009

KOTA BHARU 21 Sept. – Nur Islam yang ditakdirkan ke atasnya menyekat hasrat Thai Bantheth, 25, yang meninggalkan kampungnya, Chap di Kemboja untuk ke China bagi mendalami ilmu dan pulang sebagai sami Buddha.

Dalam perjalanan untuk ke negeri China itu pada tahun 2003, dia dan rakan-rakan terpaksa tinggal dalam keadaan agak sukar di Thailand lebih tiga bulan bagi menunggu mendapatkan kebenaran memasuki negara itu.

”Kami merasa amat bosan kerana tidak mendapat sebarang kepastian sehingga akhirnya mengambil keputusan memasuki Malaysia kerana mempunyai saudara angkat di Selangor,” katanya.

Saudara baru yang kini memakai nama Mohd. Tahir Abdullah (gambar) itu ditemui selepas majlis penyerahan Sumbangan Zakat Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Kelantan di pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) negeri di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi LPKI Negeri Kelantan, Datin Tengku Rahimah Tengku Abdul Majid dan Pengerusi LPKI Cawangan Kota Bharu, Norma Che Omar hadir di majlis tersebut.

Mohd. Tahir tidak menyedari kenapa begitu mudah menerima Islam apabila didedahkan dengan agama itu, namun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi apabila mereka diislamkan selepas sebulan tinggal di negara ini.

”Kebetulan pula, bulan tersebut bulan Ramadan, dan kami menjalani ibadah puasa sebagaimana yang disuruh oleh tuan rumah,” ujarnya.

Ekoran tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas agama Islam, katanya, mereka dimasukkan ke sekolah pondok selama tiga bulan sebelum mendapat peluang melanjutkan pengajian di Institut Dakwah Islamiah Perkim di Pengkalan Chepa.

Kini, katanya, dia berada di tahun akhir dan bercadang melanjutkan pengajian ke Jordan untuk menjadi pendakwah bertauliah.

Dia bersyukur kerana berada dalam Islam dan dalam suasana sekarang, dia juga merindui keluarganya yang ditinggalkan sejak lima tahun lalu.

”Saya ingin bersama mereka tetapi tidak berkesempatan berbuat demikian kerana sehingga kini masih tidak dapat berterus terang dengan keluarga mengenai agama Islam yang dianuti,” ujarnya.

Beliau bimbang keluarganya tidak menerima terutamanya ayahnya yang dikenali tegas dalam pegangan agama Buddha.

Katanya, beliau mungkin kembali ke kampung untuk berjumpa mereka satu masa nanti tetapi setakat ini cukup hanya dengan menelefon bertanyakan khabar.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm





Western Girl Convert to Islam

28 10 2009

http://www.metacafe.com/watch/269669/a_girl_converted_to_islam/





Artis Malaysia- Adam Corrie Lee Peluk Islam

28 10 2009

Adam Corrie Lee


 

KOREOGRAFER terkenal, Corrie Lee atau nama Islamnya Adam Corrie Lee, 40, bakal menamatkan zaman solo pada 17 September ini dengan wanita pilihan hatinya dari Alor Star, Kedah yang hanya dikenali sebagai Fiza.

Dalam satu perbualan dengan Hits semalam, Corrie mengesahkan dia bakal menamatkan zaman bujangnya di kediaman bakal isterinya di Alor Star selepas Isyak.

Ditanya tentang perasaannya menanti detik disatukan, katanya: “Sudah tentu saya rasa sedikit gementar. Rasa takut pun ada juga sebab maklumlah ini pengalaman pertama saya.”

Menyingkap kembali detik pertemuan dia dan bakal isterinya itu, kata Corrie, dia dipertemukan dengan Fiza minggu lalu iaitu pada hari ketiga Ramadan.

Tidak mahu bercerita lebih lanjut tentang bakal isteri dan majlis persandingannya, menurut Corrie, segalanya masih lagi dalam perbincangan.

“Majlis persandingan saya dan Fiza masih belum tetapkan lagi. Dalam perancangan mungkin akan diadakan pada 7 Syawal ini bagaimanapun, kata putus masih belum diambil,” jelasnya.

Mengambil keputusan melayari hidup berumah tangga setelah seminggu berkenalan, kata Corrie segalanya adalah ketentuan dan jodoh yang diberikan Tuhan keatas dirinya.

“Apa yang boleh saya katakan, apabila tengok dia (Fiza) saya akan berasa tenang. Allah sudah kurniakan jodoh kepada saya dan bila hati saya dan hati dia sudah berkenan, apa salahnya kalau disatukan secepat mungkin,” kata bekas guru tari Akademi Fantasia itu.

Hantaran perkahwinan perkahwinan pasangan tersebut ialah lima dulang disediakan oleh Corrie sementara sembilan dulang daripada bakal isterinya.

Tambah Corrie, dia dan Fiza juga merancang untuk berbulan madu ke Tanah Suci Mekah sebaik selesai majlis persandingan mereka.

sumber

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_10.htm





Juan Galvan- Dari Kristian ke Islam

28 10 2009


 

JUAN Galvan, berkongsi pengalamannya pulang ke rumah buat pertama kali setelah bergelar muslim dan bagaimana penerimaan ahli keluarganya yang kebanyakannya berdarah Mexico- Amerika.

Ikuti pengalaman Juan Galvan yang telah menghasilkan buku terbarunya, What’s Old is New Again : Latinos Revert to Islam bersama Samantha Sanchez.

Dalam penerbangan pulang ke Austin, Texas, minda saya sering berputar mengingati hari-hari sebelum saya bergelar muslim. Pertemuan dengan Armando, seorang muslim Latin adalah titik permulaan yang membawa saya mengenali agama suci Allah ini.

Semasa menudingkan jarinya ke arah selatan dan kemudiannya barat, dia berkata kepada saya bahawa semua yang ada di atas muka ini adalah ciptaan Allah SWT Maha Penguasa.

Pada waktu itu, dia baru selesai mengerjakan solat Maghrib dan keindahan matahari terbenam masih lagi terbayang di minda saya.

Ketenangan

Hati saya berdetik, memang benar dengan mengingati Allah, hati kita akan menemui ketenangan seperti mana yang dinyatakan dalam al-Quran surah al-Ra’d ayat 28 yang bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

Saya menjenguk ke luar tingkap kapal terbang dan tidak dapat menolak untuk melihat apa yang terbentang luas di depan mata. Saat itu, saya menyedari hakikat kehidupan sebenar.

Sebagai orang Islam, kita mesti menerima kewujudan Allah SWT sebagai Maha Pencipta yang mencipta segala di langit dan bumi. Dengan itu, secara tidak langsung, dapat mendalami tujuan kehidupan sebagai hamba di sisi-Nya.

Kali pertama bersua ahli keluarga, selepas memeluk agama Islam, saya diterpa dengan pelbagai persoalan mengenai Islam.

Semua ahli keluarga termasuk adik-beradik yang menetap di Pampa, Texas, mengajukan soalan mengenai adakah Muhammad itu Tuhan.

Malah, ayah pernah mempersoalkan kepada saya kenapa perlu bersembahyang di atas tikar.

Kemudiannya saya menjawab dengan baik: “Kenapa pula menyembah patung orang yang sudah mati di dinding itu,” sambil tangan saya menunjukkan ke arah salib dan patung Jesus yang besar di ruang tamu.

Pada hari pertama di rumah keluarga, saya mendirikan solat di bilik adik perempuan saya, Cathy yang berusia 14 tahun. Ini kerana, biliknya tidak mempunyai simbol-simbol keagamaan dan yang ada hanyalah poster besar kumpulan kegemarannya, Backstreet Boys.

Boleh dikatakan, setiap dinding di rumah keluarga saya tergantung gambar-gambar Jesus dan Mary serta tanda salib. Saya mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga. Sememangnya bagi keluarga Amerika dari Mexico, mereka mempunyai hubungan yang erat dengan ahli keluarga dan turut mementingkan anutan agama.

Ketika lawatan saya ke Pampa, saya turut meluangkan masa berdiskusi mengenai Islam. Bagi Mexico-Amerika, mereka lebih suka berfikir bahawa keturunan mereka berasal dari Roman Katolik.

Saya tidak mahu terus-menerus menjadi pengikut yang buta kepada kepercayaan tradisi sebegini. Kini, saya adalah orang Islam kerana percaya bahawa agama Islam yang sebenar-benarnya.

Maka, saya jelaskan perkara ini kepada ahli keluarga yang lain. Saya berharap dengan cara ini, saya tidak menderhaka kepada mereka sebaliknya menjelaskan perkara yang betul kepada orang yang saya disayangi.

Saya sempat menghadiahkan senaskah al-Quran kepada adik saya dan sebuah buku mengenai pengenalan kepada Islam.

Di samping itu, saya turut meletakkan alamat laman web http://www.LatinoDawah.org dan http://www.HispanicMuslims.com di komputer milik keluarga saya.

Untuk menyatakan keadaan sebenar mengenai Islam, saya tidak ketinggalan membuat banyak salinan fail ke komputer dengan harapan mereka akan terbuka hati untuk membacanya.

Pada pendapat saya, hanya dengan mendalami Islam sahaja dapat menjawab banyak persoalan dan kemusykilan yang timbul, antaranya siapakah Tuhan dan adakah Jesus adalah Tuhan?

Saya meluangkan banyak masa untuk menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul mengenai agama suci ini. Dalam aspek lain, saya turut mempersoalkan kenapa masyarakat Amerika kurang didedahkan dengan pemahaman yang tepat mengenai Islam.

Apa yang saya harapkan agar adik saya dapat memahami agama Islam dengan lebih terbuka dan ia bukanlah agama yang menindas kaum wanita.

Saya jelaskan kepadanya bahawa Islam tidak mahu wanita menjadi objek seks dan atas sebab itu, mereka diwajibkan menutup aurat bagi mengelakkan wanita menjadi tatapan umum.

Sepanjang bergelar Muslim, saya bukan sahaja perlu menjelaskan mengenai Islam kepada ahli keluarga malah tidak terlepas melalui pengalaman-pengalaman pahit.

Antaranya, ketika ditahan pengawal sekuriti di lapangan terbang dalam perjalanan ke Pampa. Ketika membuka beg saya, mereka terkejut apabila mendapati terdapat senaskah al-Quran, sejadah dan pita rakaman mengenai ceramah agama di dalamnya.

Ini kerana, saya bercadang untuk mendirikan solat di lapangan terbang di Austin sebelum memasuki kapal terbang kembali tetapi saya tidak mahu mengejutkan penumpang yang lain.

Selepas menceritakan perkara tersebut kepada abang saya, dia mencadangkan agar saya pulang ke rumah dengan menaiki penerbangan lain.

Tidak berapa lama selepas tragedi 11 September 2001, ayah saya pernah bertanya kepada ibu mengenai hal ini. Ibu menangis ketika memeluk saya untuk mengucapkan selamat tinggal. Tetapi saya cuba melindungi kesedihan dengan harapan ibu akan merindui saya dan bukannya kerana bimbang saya akan menyertai Taliban.

Selepas menaiki kapal terbang, saya menjenguk ke luar tingkap dan ternampak Texas Panhandle, jurang dan lembah serta ladang-ladang. Tidak ketinggalan, jalan raya yang bersimpang siur.

Sejenak, saya bertakafur mensyukuri nikmat Allah SWT di atas segala-galanya yang diciptakan untuk kita di langit dan bumi.

Petikan http://www.islamfortoday.com.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm





Halimah David Asalnya Kristian

18 02 2009

HALIMAH David dibesarkan oleh bapanya dengan penuh kasih sayang malah aspek pemantapan agama Kristian sentiasa menjadi teras dalam pendidikan anak kesayangannya itu.

Lantaran itu, Halimah telah mula membaca kitab Injil sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Sayangnya, Halimah tidak berupaya memenuhi permintaan serta cita-cita bapanya agar dia menjadi seorang pengikut agama Kristian yang setia.

Ini kerana pada ketika itu jugalah dia sudah mula mempersoalkan beberapa amalan dalam ajaran agama agung bapanya itu yang dikatakan tidak selari dengan fitrah manusia dan pelbagai lagi yang boleh dipersoalkan.

Sehinggakan pada usianya mencecah 12 tahun, Halimah sudah tidak boleh menerima agama Kristian. Namun, dia tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan usianya yang baru setahun jagung.

Pun begitu, Halimah tidak pernah berhenti mencari Allah Yang Esa dan selalu berdoa agar dipertemukan dengan kebenaran-Nya. Pada usia semuda itu, dia kerap bermonolog dalam diri terutama yang menyentuh kewujudan manusia, makhluk lain dan kejadian alam semula jadi.

Persoalan-persoalan seperti mengapa aku diwujudkan dan bagaimana boleh wujudnya bumi dan alam ini kalau tidak ada satu kuasa hebat di sebaliknya? Halimah kuat mempercayai bahawa semua ini pasti ada yang menjadikannya.

Pada usianya 19 tahun, Halimah telah mengembara hampir ke seluruh dunia demi mencari budaya dan kepercayaan lain demi keinginan mencari Allah Yang Maha Berkuasa. Ketika itulah ia mengenali agama Taoism, Wicca, Buddha, Rastafarian, Yahudi, Free Masonry, Kristian, Hindu, Animisme dan banyak lagi.

Menerusi pencariannya itu juga Halimah pernah mengenali tentang agama Islam. Dia tahu bahawa agama Islam itu mengakui tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Seperkara yang menghairankan Halimah pada agama Islam ialah solat lima waktu sehari semalam. Ini kerana dia merasakan ia sesuatu yang menyukarkan dan tidak mungkin ia adalah agama yang dicari-cari selama ini.

Masa berlalu, apa yang dicari tidak juga ditemui, lantas Halimah pulang ke Amerika Syarikat dengan perasaan hampa dan kecewa kerana apa yang diingini tidak kesampaian. Pada usianya menghampiri 21 tahun, dia mengambil keputusan mengikuti bidang perubatan yang menjadi impian dan cita-citanya sejak kecil. Keputusan ini juga merupakan satu langkah untuk melupakan kekecewaan. Alhamdulillah, Halimah lulus peperiksaan khas kemasukan.

Untuk ke kolej, Halimah terpaksa mengambil bas Greyhound dari Michigan menuju ke Colorado. Semasa dalam perjalanan itulah, anak gadis ini berkenalan dengan seorang pemuda yang duduk di belakangnya. Namanya, Ibrahim yang berasal dari Afrika dan mengambil bidang kejuruteraan di kolej yang sama.

Ibrahim memberitahu Halimah yang dia beragama Islam. Sepanjang perjalanan itulah banyaklah yang diceritakan oleh Ibrahim tentang agama Islam kepada Halimah disertakan sekali dengan petikan ayat-ayat daripada al-Quran. Apatah lagi, Halimah memang sedang mencari agama yang benar-benar boleh mengisi kekosongan dalaman yang dicari-cari selama ini.

Hati Halimah sudah jatuh cinta kepada agama Islam, waima mereka baru berbual 15 minit. Tanpa berlengah, Halimah terus menyuarakan keinginannya untuk bergelar Muslim dan akhirnya mengucap dua kalimah syahadah dengan bantuan Ibrahim.

Saat itu juga Halimah tidak meneruskan pengajiannya tetapi mengambil keputusan mendalami agama Islam dan berpindah ke Utah. Di sana, Halimah bertemu dengan ramai Muslim dan mereka menerimanya sebagai sebahagian daripada komuniti Islam di situ serta mengajarnya tentang agama Islam.

Kini, Halimah sudah berkahwin dan gembira menguruskan rumah tangga. Di samping itu, beliau juga menulis buku-buku ilustrasi untuk kanak-kanak. Dia turut mengendalikan laman web berkaitan kepercayaan Islam, keperibadian, sikap dan etika perniagaan Islamik.

lPetikan daripada laman web Islam Online.net.

sumber





Mastura Cheong Pilih Islam

23 11 2008

cikgu sering menegur kenapa saya selalu membuat gubahan pelbagai berbentuk masjid semasa bersekolah dahulu dan saya tidak pernah menyangka simbol itu akhirnya mendekatkan saya terhadap Islam,” ujar Khamalin Mastura Cheong, 20.

Khamalin yang menyambut Aidilfitri kali kedua sebagai seorang Islam pada tahun ini ketika ditemui baru-baru ini menambah, kecenderungan terhadap Islam di luar sedarnya ketika berusia 16 tahun. Namun akhirnya beliau memeluk agama Islam selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya bersyukur dan puas hati dapat memeluk agama Islam pada awal tahun 2007 dan kini banyak membawa ketenangan kepada saya,” katanya.

Cerita beliau, selepas menamatkan pelajaran tingkatan tiga di sebuah sekolah di Selangor, beliau memohon memasuki sekolah teknik.

“Saya ditawarkan dalam jurusan bakeri dan konfektionari Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar pada tahun 2005,” ujarnya.

Pada setiap sesi pembelajaran kek katanya, beliau banyak mengikut naluri hatinya menggubah kek kepada bentuk masjid kerana terdapat keaslian dalam rekaan serta mudah menggabung ising yang diperlukan.

“Mungkin alasan itu pada asasnya, tetapi jauh di lubuk hati, saya berasa sangat tenang dan sukar meluahkan dengan kata-kata betapa damainya setiap kali memandang bentuk masjid yang selesai digubah berada di hadapan mata,” ujarnya tersenyum.

Khamalin ditemui sempena Majlis Sumbangan Zakat Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LPKI) negeri Kelantan di Institut Dakwah Islamiah, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), baru-baru ini.

Menurut beliau, minatnya menggubah kek ke bentuk masjid itu juga sering mendapat teguran daripada rakan tetapi dia tidak menganggapnya sesuatu yang membebankan.

Tambahan pula katanya, beliau mempunyai kawan rapat di kalangan orang Melayu dan sering memberi galakan dalam usahanya itu.

Selain itu jelasnya, setiap kali melihat kawan-kawannya bersolat, beliau tertarik dengan amalan tersebut yang mempamerkan keharmonian.

“Jika mempunyai kelapangan, saya sering melakukannya (solat) secara bersembunyi dan mendapati ibadat mudah dikerjakan dan berasa sungguh bahagia.

“Saya juga mendapati agama itu memberi ketenangan, tambahan pula ketika itu saya berhadapan dengan masalah keluarga,” ujarnya yang tinggal dengan keluarga angkat Islam sepanjang beliau bersekolah di Kuala Kangsar, Perak.

baca seterusnya