2 sami Buddha bakar diri protes Beijing

31 03 2012

BEIJING 31 Mac – Dua sami Buddha di barat daya China membakar diri mereka semalam, insiden terbaru melibatkan etnik Tibet yang memprotes pemerintahan Beijing.

Kejadian yang melibatkan sami yang berumur 21 dan 22 tahun itu berlaku di Aba, wilayah Sichuan, menurut kumpulan hak asasi manusia yang beribu pejabat di London, Free Tibet dalam satu kenyataan tanpa mengesahkan sama ada mereka masih hidup atau tidak.

Seramai 32 penduduk etnik Tibet yang kebanyakannya sami dan biarawati dilaporkan telah membakar diri mereka sebagai memprotes pemerintahan China di kawasan Tibet sejak 2011. – AFP

 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm





Paderi Gay Malaysia Bakal Kahwini Pasangannya

26 08 2011

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Paderi gay warga Malaysia yang kini berada di Amerika Syarikat tetap akan meneruskan rancangan berkahwin dengan seorang lelaki Afrika-Amerika bahkan memilih tarikh 31 Ogos ini untuk berbuat demikian.

Ou Yang Wen Feng, 41, berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh mengganggu rancangannya untuk berkahwin di New York, Amerika Syarikat yang meluluskan undang-undang bagi membenarkan perkahwinan sejenis atau majlis resepsi mengikut budaya Cina di negara ini, tahun depan.

“Adakah saya tidak mempunyai hak untuk menjemput rakan saya makan ke sebuah restoran di Malaysia?

“Dunia sedang melihat. Malaysia tidak boleh menjejaskan imejnya sebagai sebuah negara berfahaman sederhana,” katanya dalam e-mel yang dihantar kepada AFP hujung minggu lalu.

Beliau berkata, ramai rakyat Malaysia kini sudah menerima homoseksual dan merupakan satu perubahan pandangan umum.

“Walaupun saya tahu kebanyakan orang di Malaysia tidak menerima perkahwinan gay tetapi lebih menakjubkan lebih ramai orang sedia maklum apakah itu homoseksual.

“Sokongan terhadap golongan gay juga semakin meningkat,” dakwanya.

Homoseksual dilarang di Malaysia dan perlakuan sodomi boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada awal bulan ini berkata, perkahwinan sejenis seperti Wen Feng tidak dibenarkan di bawah undang-undang sivil negara.

“Kami bersetuju dengan hak asasi manusia tetapi perlakuan melampau yang membenarkan lelaki berkahwin dengan lelaki akan menimbulkan masalah sosial,” katanya yang dipetik oleh media tempatan.

Selain itu, beberapa pemimpin Kristian juga mengutuk rancangan Wen Feng itu, menurut laporan media negara ini.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm





Chechnya – Ribuan Pesakit Sembuh dengan Al-Quran

5 02 2010

http://satuumat.blogspot.com/2010/02/chechnya-ribuan-orang-sembuh-kerana-al.html

Benarlah firman Allah dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Al-Quran itu adalah “Syifa” atau ubat, bukan hanya ubat bagi rohani yang kering tapi jugaboleh menjadi ubat bagi penyakit kesihatan, dan hal ini sudah banyak dibuktikan termasuk di negara Chechnya.

Ribuan pesakit telah berhasil diubati dan disembuhkan dengan pembacaan Al-Quran secara sendirian di sebuah klinik gpercuma di Chechnya Grozny, kata sebuah pernyataan pada laman presiden Chechnya pada hari Rabu lalu (3/2).

“Sejak hari pembukaan pertama kali, klinik gpercuma di Islamic Center di Chenchnya telah memiliki dan melayani lebih dari 60,000 pesakit. Kebanyakan dari mereka yang mengunjungi klinik percuma di Islamic Center untuk merekoveri kesihatan mereka.

Klinik percuma ini membantu mereka untuk mendapatkan pengubatan yang lebih baik dengan cara non-tradisional – iaitu, dengan membaca Alquran,” kata pernyataan tersebut.

Bahkan Presiden Chechnya Ramzan Kadyrov ikut ambil bahagian dalam perayaan pembukaan klinik percuma tersebut pada hari Selasa yang lalu untuk menandai ulang tahun pertama Islamic center Chenchnya. Presiden Ramzan Kadyrov mendapatkan presentasi dari pimpinan Islamic Center Daud Selmurzayev, dan Akhmad Kadyrov, pimpinan tertinggi muslim Republik Chechnya.

“Islamic Center telah sangat popular tidak hanya bagi penduduk republik Chenchnya, tetapi juga bagi umat Islam dari wilayah Rusia lainnya dan negara-negara CIS,” kata Kadyrov.(fq/rian)





Riba Runtuhkan Amerika- Bukti Kebenaran Islam

28 10 2009
Oleh MOHD. NAHAR MOHD. ARSHAD

KEDUDUKAN ekonomi Amerika Syarikat (AS) semakin buruk. Meskipun Washington cuba menutup kedudukan ekonominya, namun data dan fakta sudah lama melaungkan kegagalan ekonomi kapitalis itu.

Dengan kedudukan defisit akaun semasa yang terus pincang, hutang kerajaan yang menggunung, pengangguran yang tinggi, nilai hartanah dan portfolio yang merudum, rakyat AS melihat ekonomi kapitalis yang kononnya menjanjikan seribu satu impian bertukar menjadi ekonomi parasit meratah kekayaan yang ada.

Amerika Syarikat sebenarnya sudah ditelan lubang hitam krisis hutang yang parah, mungkin paling parah dalam sejarah kemanusiaan.

Pelbagai punca dicari bagi menjelaskan krisis yang berlaku. Namun, fakta sebenarnya ialah sistem ekonomi yang berpaksikan riba pasti akan hancur.

Melihat kepada krisis di AS, sesungguhnya benarlah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 276, “Allah susutkan riba dan mengembangkan sedekah”.

Semuanya berpunca daripada kaedah mengembangkan ekonomi dengan menggalakkan pemberian hutang dan hutang itu pula meningkat dari masa ke masa kerana adanya riba. Maka, si kaya yang menyimpan di bank khayal dengan janji kekayaan yang meningkat oleh riba. Di satu pihak lagi, si miskin yang berhutang terus miskin kerana hutang dan beban riba.

Institusi kewangan yang menjadi agen riba ibarat badut yang membaling bebola berwarna. Bebola tersebut ibarat produk-produk kewangan yang menarik. Tangan kanan badut ibarat si kaya dan tangan kirinya ibarat si miskin.

 

Kewangan

Kedua-duanya inginkan produk kewangan tersebut. Tepuk sorak penonton adalah upah buat si badut. Semakin banyak bebola di baling dan disambut, semakin kuatlah tepuk sorak penonton dan semakin ghairahlah si badut.

‘Pengembangan’ oleh riba bermakna semakin banyak dan pantaslah bebola berwarna yang perlu dibaling dan disambut oleh si badut. Sehingga ke satu tahap, pasti kesemua bebola akan terjatuh!

Pengibaratan di atas menjelaskan konteks modus operandi institusi kewangan masa kini. Hakikatnya, jumlah kekayaan ‘sebenar’ adalah terhad untuk satu masa tertentu. Namun, riba telah memperdayakan kita dengan ‘menggandakannya’ meskipun pada realitinya, gandaan dari riba itu sebenarnya tidak bernilai – ibarat buih.

Panik dalam sistem kewangan tercetus apabila si kaya cuba menterjemahkan kekayaan yang ada dalam nilai yang sebenar. Maksudnya, bukan kekayaan dalam bentuk jumlah pada helaian kertas atau angka yang tercatat.

Untuk memenuhi tuntutan si kaya, si miskin dikerah oleh institusi kewangan untuk membayar hutang termasuk dengan ribanya sekali. Malang kerana si miskin tidak mempunyai apa-apa untuk dipersembahkan. Maka, rumah, kereta dan apa sahaja milik si miskin dirampas oleh institusi kewangan untuk dinilai semula.

Tetapi, tidak ada sesiapa yang mampu dan ingin membeli harta-harta yang dirampas itu. Ini kerana si kaya sudah hilang yakin pada kekayaan yang dimilikinya, dan si miskin pula sudah jatuh papa. Pinjaman juga sukar untuk diperolehi di mana-mana. Lantaran, semakin merudumlah nilai harta-harta tersebut.

Maka tembelang modus operandi institusi kewangan pecah terbongkar. Institusi kewangan rupanya memberi pinjam berlipat kali ganda daripada jumlah aset yang ada. Ketidakseimbangan aset-liabiliti semakin membesar apabila impak riba diambil kira. Panik berlaku di mana-mana.

Apabila kerajaan AS cuba menyelamatkan institusi-institusi kewangannya dengan pakej AS$700 bilion, kerajaan itu juga sebenarnya sudah lama dihimpit beban hutang dan riba. Kelulusan pakej menyelamat itu dilihat melengkapkan episod terakhir kejatuhan AS sebagai kuasa ekonomi dunia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm





Juan Galvan- Dari Kristian ke Islam

28 10 2009


 

JUAN Galvan, berkongsi pengalamannya pulang ke rumah buat pertama kali setelah bergelar muslim dan bagaimana penerimaan ahli keluarganya yang kebanyakannya berdarah Mexico- Amerika.

Ikuti pengalaman Juan Galvan yang telah menghasilkan buku terbarunya, What’s Old is New Again : Latinos Revert to Islam bersama Samantha Sanchez.

Dalam penerbangan pulang ke Austin, Texas, minda saya sering berputar mengingati hari-hari sebelum saya bergelar muslim. Pertemuan dengan Armando, seorang muslim Latin adalah titik permulaan yang membawa saya mengenali agama suci Allah ini.

Semasa menudingkan jarinya ke arah selatan dan kemudiannya barat, dia berkata kepada saya bahawa semua yang ada di atas muka ini adalah ciptaan Allah SWT Maha Penguasa.

Pada waktu itu, dia baru selesai mengerjakan solat Maghrib dan keindahan matahari terbenam masih lagi terbayang di minda saya.

Ketenangan

Hati saya berdetik, memang benar dengan mengingati Allah, hati kita akan menemui ketenangan seperti mana yang dinyatakan dalam al-Quran surah al-Ra’d ayat 28 yang bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

Saya menjenguk ke luar tingkap kapal terbang dan tidak dapat menolak untuk melihat apa yang terbentang luas di depan mata. Saat itu, saya menyedari hakikat kehidupan sebenar.

Sebagai orang Islam, kita mesti menerima kewujudan Allah SWT sebagai Maha Pencipta yang mencipta segala di langit dan bumi. Dengan itu, secara tidak langsung, dapat mendalami tujuan kehidupan sebagai hamba di sisi-Nya.

Kali pertama bersua ahli keluarga, selepas memeluk agama Islam, saya diterpa dengan pelbagai persoalan mengenai Islam.

Semua ahli keluarga termasuk adik-beradik yang menetap di Pampa, Texas, mengajukan soalan mengenai adakah Muhammad itu Tuhan.

Malah, ayah pernah mempersoalkan kepada saya kenapa perlu bersembahyang di atas tikar.

Kemudiannya saya menjawab dengan baik: “Kenapa pula menyembah patung orang yang sudah mati di dinding itu,” sambil tangan saya menunjukkan ke arah salib dan patung Jesus yang besar di ruang tamu.

Pada hari pertama di rumah keluarga, saya mendirikan solat di bilik adik perempuan saya, Cathy yang berusia 14 tahun. Ini kerana, biliknya tidak mempunyai simbol-simbol keagamaan dan yang ada hanyalah poster besar kumpulan kegemarannya, Backstreet Boys.

Boleh dikatakan, setiap dinding di rumah keluarga saya tergantung gambar-gambar Jesus dan Mary serta tanda salib. Saya mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga. Sememangnya bagi keluarga Amerika dari Mexico, mereka mempunyai hubungan yang erat dengan ahli keluarga dan turut mementingkan anutan agama.

Ketika lawatan saya ke Pampa, saya turut meluangkan masa berdiskusi mengenai Islam. Bagi Mexico-Amerika, mereka lebih suka berfikir bahawa keturunan mereka berasal dari Roman Katolik.

Saya tidak mahu terus-menerus menjadi pengikut yang buta kepada kepercayaan tradisi sebegini. Kini, saya adalah orang Islam kerana percaya bahawa agama Islam yang sebenar-benarnya.

Maka, saya jelaskan perkara ini kepada ahli keluarga yang lain. Saya berharap dengan cara ini, saya tidak menderhaka kepada mereka sebaliknya menjelaskan perkara yang betul kepada orang yang saya disayangi.

Saya sempat menghadiahkan senaskah al-Quran kepada adik saya dan sebuah buku mengenai pengenalan kepada Islam.

Di samping itu, saya turut meletakkan alamat laman web http://www.LatinoDawah.org dan http://www.HispanicMuslims.com di komputer milik keluarga saya.

Untuk menyatakan keadaan sebenar mengenai Islam, saya tidak ketinggalan membuat banyak salinan fail ke komputer dengan harapan mereka akan terbuka hati untuk membacanya.

Pada pendapat saya, hanya dengan mendalami Islam sahaja dapat menjawab banyak persoalan dan kemusykilan yang timbul, antaranya siapakah Tuhan dan adakah Jesus adalah Tuhan?

Saya meluangkan banyak masa untuk menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul mengenai agama suci ini. Dalam aspek lain, saya turut mempersoalkan kenapa masyarakat Amerika kurang didedahkan dengan pemahaman yang tepat mengenai Islam.

Apa yang saya harapkan agar adik saya dapat memahami agama Islam dengan lebih terbuka dan ia bukanlah agama yang menindas kaum wanita.

Saya jelaskan kepadanya bahawa Islam tidak mahu wanita menjadi objek seks dan atas sebab itu, mereka diwajibkan menutup aurat bagi mengelakkan wanita menjadi tatapan umum.

Sepanjang bergelar Muslim, saya bukan sahaja perlu menjelaskan mengenai Islam kepada ahli keluarga malah tidak terlepas melalui pengalaman-pengalaman pahit.

Antaranya, ketika ditahan pengawal sekuriti di lapangan terbang dalam perjalanan ke Pampa. Ketika membuka beg saya, mereka terkejut apabila mendapati terdapat senaskah al-Quran, sejadah dan pita rakaman mengenai ceramah agama di dalamnya.

Ini kerana, saya bercadang untuk mendirikan solat di lapangan terbang di Austin sebelum memasuki kapal terbang kembali tetapi saya tidak mahu mengejutkan penumpang yang lain.

Selepas menceritakan perkara tersebut kepada abang saya, dia mencadangkan agar saya pulang ke rumah dengan menaiki penerbangan lain.

Tidak berapa lama selepas tragedi 11 September 2001, ayah saya pernah bertanya kepada ibu mengenai hal ini. Ibu menangis ketika memeluk saya untuk mengucapkan selamat tinggal. Tetapi saya cuba melindungi kesedihan dengan harapan ibu akan merindui saya dan bukannya kerana bimbang saya akan menyertai Taliban.

Selepas menaiki kapal terbang, saya menjenguk ke luar tingkap dan ternampak Texas Panhandle, jurang dan lembah serta ladang-ladang. Tidak ketinggalan, jalan raya yang bersimpang siur.

Sejenak, saya bertakafur mensyukuri nikmat Allah SWT di atas segala-galanya yang diciptakan untuk kita di langit dan bumi.

Petikan http://www.islamfortoday.com.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm





Halimah David Asalnya Kristian

18 02 2009

HALIMAH David dibesarkan oleh bapanya dengan penuh kasih sayang malah aspek pemantapan agama Kristian sentiasa menjadi teras dalam pendidikan anak kesayangannya itu.

Lantaran itu, Halimah telah mula membaca kitab Injil sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Sayangnya, Halimah tidak berupaya memenuhi permintaan serta cita-cita bapanya agar dia menjadi seorang pengikut agama Kristian yang setia.

Ini kerana pada ketika itu jugalah dia sudah mula mempersoalkan beberapa amalan dalam ajaran agama agung bapanya itu yang dikatakan tidak selari dengan fitrah manusia dan pelbagai lagi yang boleh dipersoalkan.

Sehinggakan pada usianya mencecah 12 tahun, Halimah sudah tidak boleh menerima agama Kristian. Namun, dia tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan usianya yang baru setahun jagung.

Pun begitu, Halimah tidak pernah berhenti mencari Allah Yang Esa dan selalu berdoa agar dipertemukan dengan kebenaran-Nya. Pada usia semuda itu, dia kerap bermonolog dalam diri terutama yang menyentuh kewujudan manusia, makhluk lain dan kejadian alam semula jadi.

Persoalan-persoalan seperti mengapa aku diwujudkan dan bagaimana boleh wujudnya bumi dan alam ini kalau tidak ada satu kuasa hebat di sebaliknya? Halimah kuat mempercayai bahawa semua ini pasti ada yang menjadikannya.

Pada usianya 19 tahun, Halimah telah mengembara hampir ke seluruh dunia demi mencari budaya dan kepercayaan lain demi keinginan mencari Allah Yang Maha Berkuasa. Ketika itulah ia mengenali agama Taoism, Wicca, Buddha, Rastafarian, Yahudi, Free Masonry, Kristian, Hindu, Animisme dan banyak lagi.

Menerusi pencariannya itu juga Halimah pernah mengenali tentang agama Islam. Dia tahu bahawa agama Islam itu mengakui tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Seperkara yang menghairankan Halimah pada agama Islam ialah solat lima waktu sehari semalam. Ini kerana dia merasakan ia sesuatu yang menyukarkan dan tidak mungkin ia adalah agama yang dicari-cari selama ini.

Masa berlalu, apa yang dicari tidak juga ditemui, lantas Halimah pulang ke Amerika Syarikat dengan perasaan hampa dan kecewa kerana apa yang diingini tidak kesampaian. Pada usianya menghampiri 21 tahun, dia mengambil keputusan mengikuti bidang perubatan yang menjadi impian dan cita-citanya sejak kecil. Keputusan ini juga merupakan satu langkah untuk melupakan kekecewaan. Alhamdulillah, Halimah lulus peperiksaan khas kemasukan.

Untuk ke kolej, Halimah terpaksa mengambil bas Greyhound dari Michigan menuju ke Colorado. Semasa dalam perjalanan itulah, anak gadis ini berkenalan dengan seorang pemuda yang duduk di belakangnya. Namanya, Ibrahim yang berasal dari Afrika dan mengambil bidang kejuruteraan di kolej yang sama.

Ibrahim memberitahu Halimah yang dia beragama Islam. Sepanjang perjalanan itulah banyaklah yang diceritakan oleh Ibrahim tentang agama Islam kepada Halimah disertakan sekali dengan petikan ayat-ayat daripada al-Quran. Apatah lagi, Halimah memang sedang mencari agama yang benar-benar boleh mengisi kekosongan dalaman yang dicari-cari selama ini.

Hati Halimah sudah jatuh cinta kepada agama Islam, waima mereka baru berbual 15 minit. Tanpa berlengah, Halimah terus menyuarakan keinginannya untuk bergelar Muslim dan akhirnya mengucap dua kalimah syahadah dengan bantuan Ibrahim.

Saat itu juga Halimah tidak meneruskan pengajiannya tetapi mengambil keputusan mendalami agama Islam dan berpindah ke Utah. Di sana, Halimah bertemu dengan ramai Muslim dan mereka menerimanya sebagai sebahagian daripada komuniti Islam di situ serta mengajarnya tentang agama Islam.

Kini, Halimah sudah berkahwin dan gembira menguruskan rumah tangga. Di samping itu, beliau juga menulis buku-buku ilustrasi untuk kanak-kanak. Dia turut mengendalikan laman web berkaitan kepercayaan Islam, keperibadian, sikap dan etika perniagaan Islamik.

lPetikan daripada laman web Islam Online.net.

sumber





Budak Ajaib

18 02 2009

Salam…

Semalam buletin utama memaparkan kisah seorang budak kecil yang ajaib. Apa yang dikatakan ajaibnya ialah budak tersebut hanya berumur 4 tahun, mampu memberi ceramah agama dan kutbah kepada orang dewasa. Budak kecil ini boleh menerangkan kepada semua maksud islam yang sebenarnya dan memberi ceramah agama mengalahkan golongan dewasa. Budak itu juga boleh menjawab semua pertanyaan orang ramai yang ditujukan kepadanya dengan betul dan juga mudah difahami. Apa yang menariknya budak kecil ini berasal dari keluarga yang beragama kristian. Selepas kejadian itu, keluarganya dan semua orang ramaiyang mendengar ceramahnya telah terbuka hatinya untuk memasukki agama islam dan telah percaya bahawa islam adalah agama yang hebat. Satu lagi kebesaran Allah dan telah ditunjukkan kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki dan telah menunjukkan sifat-sifat Allah bahawa tiada yang mustahil bagi Allah.

Bagi mereka yang terlepas tengok buletin utama semalam, bolehlah tengok video yang diambil daripada youtube dibawah ini…





Eropah ke Arah Wilayah Islam

18 06 2008

MENJADI persoalan utama dewasa ini ialah meningkatnya bilangan orang Islam di benua Eropah. Tiga kemungkinan selanjutnya lalu dibayangkan orang Islam mengambil alih, mereka diusir atau berlakunya integrasi secara harmoni.

Ramalan itu dibuat oleh Daniel Pipes, seorang sejarawan Amerika yang telah menulis atau berkongsi menulis 18 buah buku dan kerap memberi kuliah di Amerika. Menurut catatan sebuah ensiklopedia mengenainya, pelbagai karya beliau dipuji dan dikritik kerana pandangannya bahawa Islam tidak selaras dengan demokrasi, kebebasan dan hak-hak asasi manusia.

Pipes juga pengasas Campus Watch, sebuah organisasi yang menentang apa atau siapa saja yang dianggapnya anti-Amerika dan anti-Israel. Antara lain, ini kerana ia keturunan keluarga Yahudi yang berasal dari Eropah. Pada tahun 2003 Presiden Bush melantiknya menjadi ahli Institut Keamanan Amerika.

Makalahnya yang terbaru bertajuk Eurabian Nights terbit dalam majalah The National Interest terbitan Amerika, keluaran Mac/April baru lalu. Bagi beliau hubungan di antara golongan minoriti Islam dan warga Eropah adalah satu “isu paling kritikal.” Ramainya pendatang Islam antara lainnya ialah kerana jarak di antara Maghribi dan Sepanyol cuma 13 kilometer saja.

Di Brussels, menurutnya lagi, nama paling popular sejak beberapa tahun lampau ialah Muhammad. Sementara itu kota Amsterdam dan Rotterdam diduga mempunyai majoriti penduduk Islam menjelang tahun 2015.

Pipes selanjutnya menulis: “London adalah tempat tinggal tujuh kali ganda lebih ramai lahirnya Kristian dari yang lahir beragama Islam, tetapi lebih ramai ke masjid pada hari Jumaat dari yang sembahyang di gereja pada hari Ahad.”

Beliau mengulangi pendapat mendiang Oriana Fallaci, seorang wartawan terkemuka Itali bahawa pada suatu masa kelak “Eropah akan beransur-ansur menjadi sebuah wilayah Islam, sebuah jajahan Islam.” Dan jajahan itu kelak akan dipanggil Eurobia.

Turut diulangi ialah kenyataan menggemparkan daripada seorang bernama Omar Bakri Mohamed: “Saya mahu Britain menjadi negara Islam. Saya mahu melihat bendera Islam berkibar di nombor 10 Downing Street.”

Pandangan sebaliknya datang daripada penulis pojok Amerika, Ralph Peters yang meramalkan bahawa orang Islam di Eropah kelak akan bernasib baik kalau dihalau saja dan tidak dibunuh. Ini kerana telah berlaku genocide atau pembunuhan enam juta orang Yahudi di benua Eropah dalam masa Perang Dunia Kedua waktu pemerintahan Nazi Jerman pimpinan Hitler.

SETERUSNYA





Nur Ain Tinungul (Sabah) Pilih Islam

21 05 2008

Nur Ain Tinungul Abdullah


BERGELAR mualaf atau saudara baru, rutin kehidupan mereka tidak pernah terlepas daripada pelbagai dugaan dan cabaran. Kalau pun ada yang dipermudahkan jalannya, bilangannya sangat kecil dan mereka ini dikira bertuah. Realitinya, krisis yang melanda ini ada ketikanya menguji keimanan yang masih tipis. Pun begitu, apabila semua itu berjaya dilepasi, itulah saat yang paling membahagiakan dan di situlah nikmat kemanisan iman terungkai.

Bagi Nur Ain Tinungul Abdullah, 35, beliau mengakui sebaik diri bergelar Muslim, pelbagai dugaan datang melanda malah ada ketikanya menimbulkan tekanan. Namun, semua itu diterima dengan reda dan ikhlas demi kecintaan dan keyakinan beliau kepada Allah Yang Esa.

“Sungguhpun agama Islam ini sudah lama saya kenali iaitu sewaktu di bangku sekolah rendah lagi, namun ia tidak bermakna sudah cukup syarat yang melayakkan saya bergelar Muslim. Sebenarnya, saya mengambil masa agak lama untuk benar-benar yakin dengan kesyumulan agama Islam.

“Walau bagaimanapun, pada 2 Februari 2000, saya akhirnya mengucap dua kalimah syahadah di Pejabat Agama Islam Sabah sewaktu pulang bercuti di kampung halaman,” cerita wanita kelahiran Keningau, Sabah ketika ditemui di Pusat Islam, baru-baru ini.

seterusnya





Arkib APRIL 2008

14 05 2008