40 Pengganas Hindu Buta Selepas Robohkan Masjid Babri

25 11 2007

40 Orang Hindu Alami buta selepas merobohkan Majid Babry Di India

Sekitar 40 orang Hindu yang ikut dalam serangan keji ke masjid Babry untuk merobohkannya pada tarikh 6 Disember 1992 beberapa tahun lalu, menjadi buta setelah gagal disembuhkan oleh para doktor pakar mata di India. Wallahua’lam….

Hal ini diketahui melalui laporan yang disiarkan akhbar Anshary Express, yang terbit di India ketika itu yang menyebutkan bahawa propaganda orang Hindu untuk merobohkan masjid tersebut diikuti sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari serata pelosok India yang sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.

Akhbar tersebut juga mengatakan, 31 orang yang menjadi buta itu tinggal di sebuah bangunan di kota Maharinor. Sebelumnya mereka pernah berusaha menghancurkan masjid tua milik umat Islam itu namun tidak berhasil.

Sekarang (setelah penghancuran masjid tersebut), kelompok orang-orang ini menggantungkan hidup mereka kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu.

Di samping kelompok pertama ini, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota organisasi ‘Gazy Boor’ di Atar Pradesh yang juga kehilangan penglihatan mereka atau buta setelah ikut serta dalam tindakan pemusnahan tersebut.

Seperti yang dipetik akhbar tersebut, mereka menyesali tindakan bodoh mereka itu dengan menyatakan bahawa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan masjid Babry. Kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka, dakwa mereka lagi.

Salah seorang waris mereka mengatakan, anak lelakinya memang telah mendapat latihan khusus supaya dapat menyertai tindakan penghancuran masjid itu namun dia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah merekrut anak lelakinya itu.

Penduduk setempat dan juga kawasan sekitarnya berkeyakinan bahawa dengan tindakan mereka yang cuba memusnahkan masjid tersebut, mereka telah melakukan dosa besar. Kerana itulah sebagai balasannya mereka menjadi buta.

(SUMBER: Nihaayah azh-Zhaalimiin karya Ibrahim bin ‘Abdullah al-Hazimy, Juz.IX, hal.99-100 seperti yang dinukilnya dari surat kabar ar-Riyaadh, Volume 9069, tahun 1413 H)


Actions

Information

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: